Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Harga Bitcoin Turun Hingga $ 6,950 Walaupun NYSE, Microsoft Dan Starbucks Sertai Dunia Kripto

 

Pada 4 Ogos, selepas penigkatan semula dari $ 7,200 hingga $ 7,500, harga Bitcoin jatuh di bawah paras $ 7,000 untuk kali pertama sejak 18 Julai. Walau bagaimanapun, pada 4 Ogos, buat pertama kalinya dalam masa tiga minggu, harga Bitcoin jatuh ke $ 6,955, di bawah paras rintangan $ 7,000, hasil daripada jualan besaran di bursa utama kripto.

Bitcoin dan pasaran kripto sudah pasti mempunyai salah satu minggu terbaik dalam sejarah dari segi penggunaan dan penginstitusian aset digital, memandangkan pengumuman New York Stock Exchange (NYSE), Microsoft, dan Starbucks untuk mewujudkan bursa pertukaran kripto dan menerima aset digital sebagai kaedah pembayaran.Walau bagaimanapun, berita positif yang datang dari pasaran AS, harga Bitcoin tetap jatuh ke tahap terendah bulanannya.

Walaupun majoriti penganalisis belum memberikan alasan di sebalik kejatuhan Bitcoin, kemungkinan besar pasaran over-the-counter (OTC), yang manaTabb Group, sebuah firma penyelidikan di AS, dikatakan dua hingga tiga kali lebih besar daripada saiz bursa pasaran kripto. Sekiranya penemuan Tabb Group adalah tepat, maka berita dan perkembangan positif dalam sektor kripto hanya akan memberi kesan kepada peniaga jangka pendek dalam pasaran pertukaran, yang menyumbang kurang daripada 30 peratus dari keseluruhan pasaran kripto.

Sumber:

https://www.ccn.com/bitcoin-price-dips-to-6950-despite-crypto-foray-by-nyse-and-starbucks/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.