Default – Above Header Ads

Harga Ripple (XRP) Meningkat Selepas Coinbase Bakal Umumkan Penyeneraian Mata Wang Kripto Baru

 

Disokong oleh pengumuman dari Coinbase, harga Ripple (XRP) melonjak dari trend penurunan harganya baru-baru ini. XRP telah diniagakan rendah selama hampir sepanjang hari semalam, menghilangkan keuntungan luar biasa dari minggu sebelumnya.

XRP meningkat secara tiba-tiba selepas pengumuman Coinbase bahawa ia telah membaikpulih proses penyenaraian mata wang kriptonya. Yang penting, pengumuman ini seolah-olah menunjukkan bahawa Coinbase – sebelum ini salah satu bursa utama yang paling eksklusif – akan menyenaraikan banyak asset kripto baru, yang menurut Coinbase ia merupakan salah satu permintaan utama pelanggannya.

Pelabur XRP telah lama mengeluh bahawa Coinbase telah menolak untuk menyenaraikan mata wang kripto itu, walaupun ia menyenaraikan mata wang kripto lain dengan jumlah pasaran yang lebih kecil. Walaupun pengumuman hariini tidak menjamin bahawa firma itu akan menyenaraikan XRP – masih ada tuduhan dari beberapa golongan bahawa ia harus dikawal selia sebagai sekuriti yang mungkin menyebabkan proses penyenaraian XRP agak bermasalah.

Sumber:

https://www.ccn.com/newsflash-ripple-price-xrp-pumps-after-coinbase-hints-at-listing-more-coins/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads