Default – Above Header Ads

Hayes BitMEX: Penjualan LEO Bitifnex Tanda Pasaran Bull Bitcoin Sudah Kembali

Beberapa minggu lalu, bursa pertukaran kripto besar Bitfinex mengutip kapital sebanyak $1 bilion, dilaporkan dinyatakan dalam USDT Tether, dalam initial exchange offering (IEO). Token yang dijual itu adalah kepunyaan Bitfinex sendiri, LEO, dan menjadi peluang pelaburan popular untuk whales dan orang dalaman industri yang lain.

Sejak kutipan itu, berita tentang perkara itu menjadi senyap. Namun begitu, satuu eksekutif industri baru-baru ini berkata kejayaan kutipan itu lebih penting dari apa yang disangka.

Dalam edisi terbaru “Crypto Trader Digest”, yang dikarang oleh ketua eksekutif BitMEX, Arthur Hayes, ia dicadangkan bahawa populariti IEO baru-baru ini adalah isyarat Bitcoin bull kebali. Hayes menjelaskan bahawa dengan IEO sebagai pengganti ICO, yang merupakan pemangkin besar disebalik kenaikan Bitcoin dan Ethereum, penambahan dalam aktiviti subindustri akan “menyebabkan spekulator untuk masuk kembali” ke dalam industri ini.

Data menunjukkan bahawa IEO telahpun melihat kejayaan yang besar. Seperti yang disebut, Bitfinex mengutip $1 bilion daripada pelabur, di mana ramai dikatakan adalah daripada China. Dan Binance telah berterusan melihat berpuluh ribu, atau lebih, berpusu-pusu untuk IEO nya.

Ia bukan satu-satunya tanda bullish yang dilihat oleh Hayes sejak kebelakangan ini. Dalam satu tweet, bekas pedagang institusi itu mengatakan bahawa kontrak June dan September di BitMEX adalah dalam contango, di mana kontrak futures didagangkan di atas harga spot, tanda longs dan spekulator yang bullish.

Sumber:

https://www.newsbtc.com/2019/05/26/bitmexs-hayes-bitfinexs-leo-sale-sign-of-returning-bitcoin-bull-market/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads