Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

HCM Capital Jangka Mata Wang Digital China Akan Dilancarkan Dalam Masa 2-3 Bulan

Rakan kongsi pengurusan dan pengasas HCM Capital, cabang ekuiti swasta pengeluar elektronik Foxconn, Jack Lee, berkata Mata Wang Digital Bank China (CBDC) sudah siap dan menjangkakan ia akan dilancarkan dalam masa dua hingga tiga bulan. Semasa temu bual dengan CNBC yang diterbitkan pada 11 November, Lee juga mencadangkan bahawa Bank Rakyat China (PBoC) akan menggunakan mata wang baru ini untuk mengukuhkan lagi pengawasan terhadap aliran modal.

Dia menjelaskan bahawa PBoC telah mengesan pergerakan tunai dengan nombor siri pada wang kertas, dan blockchain boleh memberikan cara yang lebih berkesan untuk melakukannya. Lee juga menyatakan bahawa China telah membangunkan sistem pembayaran “Digital Currency Electronic Payment”, sebuah CBDC hibrid yang menggunakan infrastruktur pembayaran dan perbankan yang sedia ada.

Lee mengatakan bahawa rangkaian PBoC sudah bersedia, sambil menambah: “Saya fikir kita akan melihatnya tidak lama lagi […]. Mungkin dua hingga tiga bulan.” Menariknya, PBoC mengumumkan pada akhir September – bercanggah dengan kenyataan awal – bahawa mata wang digital China tidak mempunyai tarikh pelancaran setakat ini.

Rujukan:

https://www.cnbc.com/video/2019/11/11/chinas-digital-currency-could-be-launched-in-2020-hcm-capital.html

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.