Default – Above Header Ads

Hedge Fund London Mengumpul $50 juta untuk Melancarkan Dana Pelaburan Kripto Baru

Nickel Asset Management, pengurus hedge fund yang beroperasi di United Kingdom, telah mengumpul $50 juta untuk dana pelaburan kripto yang baru dilancarkan.

Menurut laporan dari Finance Magnates pada 9 September, hedge fund tersebut telah mengumpul dana itu untuk Nickel Arbitrage Fund yang ingin mengambil kesempatan terhadap perdagangan arbitrage dalam aset digital.

Dalam perdagangan arbitrage, pedagang membeli aset di satu bursa pertukaran dan menjualnya di satu lagi bursa pertukaran dengan harga lebih tinggi, menjana keuntungan daripada perbezaan harga dalam pasaran berbeza. Alek Kloda, pengurus portfolio di Nickel menambah:

“Selagi aset digital dan derivatif berdagang di beberapa bursa pertukaran di seluruh dunia, dengan kelajuan yang mencukupi dan pelaksanaan berkualiti, kita boleh mendapat untung daripada pasaran itu, dan menambah baik kecairan untuk peserta pasaran lain.”

Syarikat itu menambah bahawa Nickel Arbitrage Fund adalah salah satu daripada beberapa dana pelaburan yang fokus kepada matawang kripto yang telah mendapat kelulusan daripada penguatkuasa UK, dalam kes ini Financial Conduct Authority.

CEO Nickel Asset Management Anatoly Crachilov menambah bahawa ia hanya menunggu masa untuk aset digital menjadi sebahagian daripada agihan portfolio institusi untuk pelabur di seluruh dunia.

Cointelegraph sebelum ini melaporkan bahawa parti berhaluan kanan di UK telah menerbitkan polisi matawang kripto pertama yang boleh difahami di negara itu. National Liberal Party – keahlian yang termasuk ahli National Front yang fasis – berhujah di laman webnya bahawa polisi matawang kripto UK masa kini tidak wujud dan kerajaan telah gagal untuk mengambil apa-apa pendirian terhadap regulasi kripto.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/london-based-hedge-fund-raises-50m-to-launch-new-crypto-investment-fund

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.