Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Hedge Fund yang Dimiliki Billionaire Melihat kepada Pelaburan Matawang Kripto

Elwood Asset Management, hedge fund yang dimiliki billionaire Alan Howard dari Brevan Howard Asset Management, merancang untuk melancarkan platform untuk menubuhkan portfolio matawang kripto untuk pelabur institusi yang melihat untuk mendapatkan pendedahan kepada kelas aset yang berkembang pesat itu, seperti yang dilaporkan oleh Financial Times pada 30 Ogos 2019. Matlamat platform itu adalah untuk membolehkan pelabur delegasi ketekunan wajar kepada Elwood dan mengurangkan risiko kehilangan kekayaan dalam kelas aset yang tidak stabil itu.

Kehilangan aset tradisional dalam dunia sebenar sukar untuk dibayangkan. Tiada senario lagi yang wujud di mana seseorang kehilangan hartanahnya; mungkin aset seperti stok dan bon mempunyai sedikit risiko untuk hilang atau dipindahkan ke akaun yang salah, tetapi risiko ini terhad dalam sistem berpusat.

Matawang kripto, seperti aset lain, mempunyai banyak kekurangan; contohnya, anda melepaskan kebolehan untuk memutar kembali transaksi dan juga kemudahan untuk kebebasan. Ia adalah perbezaan perspective dan pemahaman yang penting untuk setiap individu.

Elwood mula menilai hedge fund kripto dan – tidak menghairankan – mereka menjumpai bahawa kebanyakkannya tidak melepasi proses ketekunan wajar (due diligence). Dana-dana ini naik lebih 2000 peratus dalam tahun 2017 sebelum kehilangan 70 peratus daripada nilai mereka dalam tahun 2018.

Dengan kelas aset itu berkembang kembali sejak permulaan tahun 2019, minat pelabur institusi kembali ke kripto.

Satu lagi pendedahan daripada Elwood adalah purata yuran pengurusan dan prestasi untuk hedge fund kripto adalah lebih tinggi daripada dana tradisional. Dengan yuran pengurusan sebanyak 1.72 peratus dan yuran prestasi sebanyak 23.5 peratus, ia jauh lebih mahal daripada purata masa kini iaitu 1.41 peratus dan 16.6 peratus.

Sumber:

https://btcmanager.com/billionaire-hedge-fund-cryptocurrency-investments/?q=/billionaire-hedge-fund-cryptocurrency-investments/&q=/billionaire-hedge-fund-cryptocurrency-investments/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads