Default – Above Header Ads

Hedra Hashgraph Mendakwa Facebook Mencuri Ideanya untuk Libra

Hedra Hashgraph yang menggunakan teknologi lejar teragih telah mendakwa bahawa Facebook meminjam ideanya. Ia mengambil satu muka halaman iklan di The Wall Street Journal baru-baru ini untuk menyampaikan kritikannya.

“Peniruan adalah bentuk pujian paling ikhlas,” menurut iklan baru oleh Hedra Hashgraph di Wall Street Journal. Syarikat di sebalik teknologi lejar teragih itu mendakwa gergasi media sosial telah menirunya.

Seperti Libra Association, Hashgraph beroperasi melalui jawatankuasa pentadbiran yang sama. Antara penyokongnya termasuk DLA Piper, firma undang-undang bernilai berbilion dolar, Swisscom dan Deustche Telekom. Sebagai pelabur awal dalam projek itu, syarikat-syarikat akan satu hari bertanggungjawab memantau rangkaian itu. Idea itu sememangnya serupa dengan Libra. Kedua-dua projek juga mendakwa mereka tidak pernah melalui hard fork.

Namun begitu, Hedra Hashgraph tidak mempunyai matawang kripto sendiri, tidak seperti rangkaian Libra. Asalnya Hedra Hashgraph berniat untuk menjadi pesaing Ethereum untuk smart contract dan aplikasi desentralisasi. Namun begitu, nampaknya projek itu secara aktif ingin bersaing dengan Facebook melihat kepada iklan yang dipaparkan di The Wall Street Journal.

Dalam satu terbitan menyatakan kritikannya, Hedra Hashgraph mendakwa Libra milik Facebook gagal dari pelbagai segi. Antaranya adalah, rangkaian itu tidak mempunyai kebolehpercayaan dan keselamatan. Walaupun kita masih belum mengetahui berapa banyak transaksi setiap saat yang boleh dijalankan oleh Libra, Hashgraph mendakwa berkebolehan menjalankan dalam 10,000 transaksi matawang kripto setiap saat.

Motto Hashgraph selepas kritikan itu adalah: “Ia sudah menjadi Internet mereka buat sekian lama. Jadikan ia kepunyaan anda.”

Sumber:

https://beincrypto.com/hedera-hashgraph-claims-facebook-stole-its-idea-for-libra/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads