Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Hospital Korea Selatan Akan Mencipta Platform Pengurusan Data Kesihatan Blockchain

 

Firma pasaran data kesihatan berdasarkan blockchain Longenesis dan syarikat bioteknologi Insilico Medicine telah membuat Kerjasama dengan hospital Korea Selatan Gil Medical Center untuk mencipta penyelesaian pengurusan data kesihatan berdasarkan blockchain. Perkembangan itu diumumkan dalam sidang media pada 23 April.

Sebagai sebahagian daripada kolaborasi itu, semua pihak akan membangunkan platform berdasarkan blockchain di atas rangka blockchain Exonum milik Bitfury untuk meningkatkan kadar efisyen pengumpulan data, menambah baik proses penyelidikan kesihatan dan memastikan pengurusan kebenaran pesakit yang lebih telus.

Longenesis dilaporkan akan menyediakan ekosistem yang selamat untuk Gil Medical Center memuat naik, menyimpan dan menguruskan data peribadi pesakit, membolehkan pesakit mengawal dan akses data mereka. Platform itu bermatlamat untuk menyelesaikan isu pematuhan dengan Health Insurance Portability and Accountability Act (HIPAA) and General Data Protection Regulation (GDPR) kerana hospital itu juga memberi perkhidmatan kepada warga asing.

Pada awal April, Bitfury dan Longenesis bersama-sama melancarkan pengeluaran sistem pengurusan kebenaran berdasarkan blockchain untuk industri kesihatan yang mematuhi garis panduan GDPR dan HIPAA.

Pada pertengahan bulan Mac, satu lagi hospital utama di Korea Selatan, Seoul Medical Center mengumumkan rancangan untuk melancarkan platform berdasarkan blockchain bertujuan untuk menambah baik perkhidmatan kesihatannya. Projek itu yang dipanggil “Smart Hospital” bermatlamat untuk menambah baik ketepatan data dan mengurangkan masa pemprosesan di hosital itu.

Sumber: 

https://cointelegraph.com/news/south-korean-hospital-to-create-blockchain-medical-data-management-platform

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads