Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Hospital Taiwan Lancar Platform Blockchain Untuk Penyimpanan Rekod

 

Sebagai usaha untuk menyatukan dasar sistem Perubatan Hierarki Kerajaan, Hospital Taipei Medical University telah memperkenalkan platform blokchain untuk penyimpanan rekod perubatan. Platform Keselamatan Blockchain akan digunakan untuk memajukan perkhidmatan rujukan pesakit dan mengintegrasikan rangkaian penjagaan kesihatan individu untuk membolehkan pihak lain mengakses rekod perubatan pesakit mereka dengan mudah.

Platform ini akan menjadi rujukan sehenti dan penjagaan jangka panjang untuk menyokong dasar Sistem Perubatan Hierarki Kerajaan. Projek ini menggabungkan kerjasama lebih dari 100 klinik berasaskan komuniti dan menggunakan teknologi blockchain dalam sistem penjagaan kesihatan. Ini termasuk pemindahan data antara institusi perubatan, portal peribadi pesakit dan proses rujukan doktor.

Supritenden Hospital, Chen Ray-jade, berkata teknologi itu akan memberi ruang untuk menyegerakkan akses rekod perubatan elektronik dengan menyatukan rekod kesihatan elektronik dari pelbagai klinik dan hospital. Ia juga akan dilengkapi dengan ciri keselamatan pemberitahuan dan persetujuan sebelum sebarang pemindahan maklumat kesihatan berlaku.

Sumber:

http://www.taipeitimes.com/News/taiwan/archives/2018/09/01/2003699590

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.