Default – Above Header Ads

H&R Block Menawarkan Penyelesaian untuk Pembayar Cukai dengan Transaksi Kripto

Firma perakaunan yang beroperasi di Amerika Syarikat H&R Block telah mula berkhidmat sebagai pengantara antara pengguna kripto dan Internal Revenue Service (IRS) selepas agensi itu mula menghantar surat kepada pedagang kripto yang mungkin telah gagal untuk melaporkan pendapatan mereka dan membayar cukai.

Menurut kepada sidang media pada 24 September itu, H&R Block telah mengeluarkan servis baru mensasarkan orang yang berurusan dalam transaksi matawang digital, secara khususnya memberi khidmat rundingan tentang bagaimana untuk memfailkan keuntungan dan kerugian matawang kripto mereka secara betul.

IRS pada awalnya menghantar surat kepada 10,000 pelabur kripto, meminta sebahagian daripada mereka untuk membetulkan pemfailan percukaian mereka, dan menyuruh yang lain membayar kembali cukai dan/atau faedah dan penalti. Sewaktu itu, ketua IRS, Pesururuhjaya Chuck Retting, berkata:

“Pembayar cukai perlu mengambil serius surat ini dengan menyemak pemfailan cukai mereka dan bila perlu, perbetulkan pulangan sebelum ini dan membayar kembali cukai, faedah dan penalti. IRS sedang mengembangkan usaha kami dalam matawang virtual, termasuk peningkatan penggunaan data analitik. Kami fokus kepada penguatkuasaan undang-undang dan membantu pembayar cukai memahami sepenuhnya dan memenuhi tanggungjawab mereka.”

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph sebelum ini, IRS mengumpul data dari bursa pertukaran kripto dan membandingkannya kepada laporan 1099-K pedagang. Jika laporan itu tidak sepadan dengan data yang diberi oleh bursa pertukaran kripto, IRS akan menghantar notis CP2000 kepada pedagang, menyatakan jumlah yang perlu dibayar setiap pedagang dalam masa 30 hari.

H&R Block menyertai beberapa syarikat perkhidmatan profesional besar lain yang bertujuan untuk menyelesaikan isu audit matawang kripto. Pada bulan Jun, PwC telah melancarkan alat baru kepada Halo auditing suite yang boleh digunakan untuk “membekalkan perkhidmatan audit untuk entiti yang berurusan dalam transaksi matawang kripto.”

Pada bulan Mac, Ernst & Young telah melancarkan alat yang direka bentuk untuk menambah baik pengiraan perakaunan dan cukai untuk transaksi matawang digital oleh pelanggan institusi yang mempunyai matawang kripto dalam penyata imbangan mereka, dan individu yang berdagang aset kripto dalam skala kecil.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/hr-block-offers-solutions-for-taxpayers-with-crypto-transactions

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads