Default – Above Header Ads

HSBlox Melancarkan Pembayaran Otomatik Blockchain untuk Organisasi Kesihatan

 

HSBlox, syarikat teknologi kesihatan yang menggabungkan machine learning dan blockchain, hari ini mengumumkan pelancaran penyelesaian CuraBlox. Menggunakan blockchain, CuraBlox membolehkan organisasi kesihatan menerima pembayaran berpukal dari penanggung insurans yang berkontrak atau majikan dan menyusun aliran kerja episod, termasuk pergerakan dana dan data ke/dari pembekal penjagaan kesihatan.

Penyelesaian CuraBlox implementasi smart contract library HSBlox – di mana definisi episod disimpan. Definisi episod boleh dilihat, diubah, disimpan dan diluluskan – memudahkan penskalaan untuk pentadbiran kontrak. Ciri-ciri tambahan termasuk kemasukan dan pembayaran pembekal kesihatan, pengenalpastian pesakit yang layak, pentadbiran pembayaran insentif, panduan kesihatan dan penutupan episod.

Menurut CEO HSBlox, Rahul Sharma:

“Perkongsian data real-time dan model pembayaran berdasarkan nilai penting untuk menambahbaik kesihatan dan kosnya. CuraBox menjalankan pembayaran, dan laporan metrics yang mudah untuk dijejak dan efisyen, membolehkan penskalaan program pembayaran berpukal. Model ini kini berkembang dengan cepat, dan CuraBlox adalah penyelesaian ideal untuk menyokong perkembangan ini. HSBlox menyelesaikan kerumitan yang diketahui dengan platform teknologi lejar teragih, aliran kerja aplikasi CuraBlox yang inovatif dan smart contract library.”

Pendekatan tradisional mengambil masa yang lama dan memerlukan penggunaan spreadsheet, panggilan telefon, dan ketiadaan maklumat pada waktu yang diperlukan. CuraBlox menawarkan integrasi aliran kerja, smart contract otomatik, dan penghantara maklumat secara real-time – membolehkan ketelusan, koordinasi dan penskalaan. Menggunakan smart contract, episode dimulakan dan diluluskan real-time dan pemberitahuan kepada kumpulan kesihatan disiarkan dengan keizinan. Smart contract menguatkuasakan peraturan perniagaan, membolehkan pemprosesan otomatik, perkongsian data dan pemprosesan transaksi.

Menurut kajian oleh McKesson dan ORC International, pembayar dan hospital menjangka pembaaran berpukal akan merangkumi 17 peratus daripada pembayaran kesihatan menjelang 2021 – tetapi hanya separuh dari pembayar dan 40% pembekal melaporkan kesediaan untuk implementasinya.

Sumber:

https://www.cryptoninjas.net/2019/02/05/hsblox-launches-blockchain-automated-bundled-payments-for-healthcare-organizations/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads