Huawei Cloud Umumkan Pelancaran Global Perkhidmatan Blockchainnya
Huawei Cloud, cabang perkhidmatan awan Huawei Global, telah mengumumkan pelancaran Perkhidmatan Blockchain (BCS). BCS dilancarkan untuk penggunaan komersil di China awal tahun ini, dan kini tersedia untuk masyarakat global.
BCS adalah perkhidmatan awan yang memanfaatkan blockchain dan beberapa kelebihan yang terdapat dalam teknologi keselamatan Huawei Cloud. Syarikat itu mendakwa bahawa BCS boleh digunakan dalam kebanyakan industri, termasuk Internet of Things (IoT), aplikasi data dan kewangan. BCS akan dapat meliputi pelbagai senario, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengesahan identiti, pengesanan sumber makanan, penjagaan kesihatan jauh, urus niaga data, pengurusan peranti IoT, bukti maklumat dan Internet Kenderaan (IoV).
Perkhidmatan ini membolehkan usahawan dan pemaju global mewujudkan, menggunakan dan mengurus aplikasi blockchain di Huawei Cloud, dengan kadar yang fleksibel dan kos yang lebih murah. Mengikut pengumuman itu, pelancaran BCS juga akan meletakkan asas untuk pelancaran blockchain global tidak lama lagi.
Sumber:
https://www.huawei.com/en/press-events/news/2018/11/huawei-cloud-blockchain-service