Default – Above Header Ads

Huawei Membangunkan Teknologi Untuk Menguji Prestasi Blockchain

Selepas hampir setahun bekerja di belakang tabir, gergasi teknologi tersebut baru-baru ini telah melancarkan alat yang direka untuk menguji prestasi blockchain utama, yang sekarang sedang bersedia untuk mengemukakan secara rasmi kepada konsertium Hyperledger yang dipimpin oleh Yayasan Linux pada tahun ini.

Dipanggil Projek Caliper, teknologi sumber terbuka yang menyokong analisis Hyperleger Fabric, Hylerledger Sawtooth dan Hyperledger Iroha, dengan lebih banyak dijangka akan ditambah menjelang penghujung 2018. Namun, Haojun Zhou, jurutera Huawei, menyifatkan alat itu sebagai bukan sahaja memberi tumpuan kepada menganalisis teknologi, tetapi pada dasarnya membantu pemaju dan korporat membuat keputusan yang lebih yakin tentang teknologi mereka.

Ringkasnya, matlamat projek itu adalah untuk mengintegrasikan blockchain sedia ada ke dalam rangka kerja yang mana ia dapat dengan mudah dibandingkan dengan standard yang ditetapkan oleh Kumpulan Kerja Prestasi dan Skalabilitas Hyperledger. Seterusnya, kod menguji tekanan blockchain itu akan menguji blockchain dalam persekitaran terkawal dan menjana keputusan yang termasuk kadar kejayaan urus niaga, bilangan transaksi sesaat, masa yang diperlukan untuk menyelesaikan transaksi dan penggunaan sumber yang diperlukan untuk semua tindakan ini, seperti CPU dan memori.

Sumber:

https://www.coindesk.com/huawei-building-tech-can-stress-test-blockchains/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads