Default – Above Header Ads

Huobi Japan (BitTrade) Lancarkan Operasi sebagai Bursa Pertukaran yang Berlesen

 

Seperti yang dilaporkan BTCManager pada September 2018, sebagai sebahagian daripada strategi Huobi Group untuk membantu subsidiaro Jepun untuk meneruskan operasi di rantau itu, firma itu telah mendapatkan majoriti saham dalam BitTrade, bursa pertukaran yang sebelum ini diberi lesen oleh FSA.

Disebabkan langkah yang melihat ke hadapan itu, Huobi Japan (BitTrade) kini meneruskan perniagaan dalam negara itu sebagai bursa pertukaran yang berlesen.

Memberi komen kepada perkembangan terbaru ini, Pengasas dan CEO Huobi Group, Leon Li, menyatakan bahawa pelancaran semula Huobi Japan melambangkan milestone yang sangat besar buat firma itu, memandangkan pasaran Jepun penting untuk kewujudannya,

“Kami bangga untuk mengatakan bahawa Huobi Jepun kini mempunyai satu daripada 17 lesen yang dikeluarkan oleh FSA,” tambahnya lagi.

Menurut Huobi Jepun, pengguna di platformnya boleh mendagangkan Bitcoin, Ether, Litecoin, XRP, Monacoin dan Bitcoin Cash dalam ekosistem yang telah dikuatkan dengan perlindungan daripada serangan DDoS, sijil SSL yang mendapat pangkat A+, perkhidmatan pelanggan 24 jam dan macam-macam lagi.

Untuk menyambut kejayaan itu, Huobi Jepun menekankan bahawa pelanggan akan menikmati yuran transaksi percuma untuk tempoh yang ditetapkan, dan juga analisis pasaran yang komprehensif dari Penyelidikan Huobi dan kandungan pendidikan dari akaun Twitter nya.

Sumber:

https://btcmanager.com/huobi-japan-bittrade-launch-operations-fully-regulated-exchange/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.