Default – Above Header Ads

Huobi Melancarkan Kaunter OTC untuk Pelabur Institusi

Bursa pertukaran besar global Huobi telah melancarkan kaunter OTC yang dikawal selia untuk pelabur institusi, menurut terbitan blog pada 15 Mei.

Platform perdagangan kripto OTC baru itu, Huobi OTC Desk, dikawal selia sepenuhnya oleh Gibraltar Financial Services Commission (FSC), dan membenarkan pasangan perdagangan fiat-ke-kripto dan kripto-ke-kripto besar.

Tidak seperti produt Huobi OTC yang sedia ada, kaunter OTC baru itu membolehkan proses perdagangan OTC di bawah Huobi Technology, entiti perdagangan Huobi yang dikawal selia di Gibraltar, sementara penawaran OTC sedia ada di otc.hbg.com membolehkan perdagangan P2P di bawah Huobi Global, menurut penjelasan firma itu.

Jeff Adams, Pengurus Penjualan untuk Huobi Global, berkata bahawa pelancaran Huobi OTC Desk dipandu oleh permintaan daripada pelabur untuk transaksi berjumlah besar, mendakwa bahawa syarikat itu telah melihat “keperluan yang tidak dipenuhi” untuk perkhidmatan seperti itu.

Bercakap di acara meetup khas Huobi di New York, Adams juga menekan peningkatan minat oleh pedagang tradisional yang “masih lagi tidak selesa dengan persekitaran perdagangan yang tidak dikawal selia.”

Menurut pengumuman itu, Huobi OTC Desk menyokong matawang kripto utama seperti Bitcoin, Ether, dan juga matawang fiat termasuk USD, EUR, dan GBP.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/huobi-launches-otc-desk-for-institutional-investors

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads