Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Huobi Mengembangkan Bursa Pertukaran ke Argentina Dalam Kejatuhan Nilai Peso

Bursa pertukaran kripto Huobi akan berkembang ke Argentina memandangkan matawang kripto semakin diterima di negara itu sebagai hedge terhadap peso yang semakin jatuh nilainya.

Syarikat itu berkata dalam pengumuman pada 17 September bahawa ia telah melancarkan Huobi Argentina, bursa pertukaran tempatan yang akan membantu pembelian pelbagai matawang kripto dengan peso Argentina.

Huobi juga merancang untuk membukan fiat gateway untuk bursa pertukaran itu pada bulan Oktober, membolehkan orang ramai membeli matawang kripto melalui kad kredit, pemindahan wayar dan cara pembayaran lain yang biasa digunakan di Argentina, termasuk Mercadopago.

Bursa pertukaran itu berkata permintaan untuk matawang kripto di Argentina dipengaruhi oleh keterbukaan negara itu kepada teknologi blockchain dan keperluan untuk mencari alternatif untuk mengurangkan risiko yang disebabkan oleh kejatuhan nilai peso.

Argentina berada di kedudukan keempat di dunia dari segi peratusan penggunaan matawang kripto seluruh dunia dengan 16 peratus, menurut laporan olah pembekal data pasaran Statista. Laporan itu menyatakan bahawa Amerika Latin mempunyai pengguna kripto yang lebih banyak dari negara lain dari segi peratusan.

“Keadaan ekonomi Argentina yang tidak stabil, termasuk kawalan matawang yang baru dikuatkuasakan negara itu serta inflasi yang berleluasa, mencipta persekitaran yang baik untuk penggunaan matawang kripto,” menurut bursa pertukaran itu.

Argentina baru-baru ini menetapkan kawalan matawang untuk menstabilkan pasaran peso, menghalang rakyatnya dari membeli matawang asing.

“Permintaan untuk produk dan servis berkaitan kripto yang semakin bertambah menjadikan Argentina point kemasukan yang sangat baik untuk Huobi mengejar lebih banyak projek besar untuk mempromosi matawang kripto dan blockchain kepada pasaran,” David Chen, pengarah bisnes di Huobi Cloud berkata dalam kenyataan itu.

Sumber:

https://www.coindesk.com/huobi-expands-crypto-exchange-to-argentina-amid-peso-devaluation

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads