Default – Above Header Ads

IBM Bekerjasama Dengan Firma Teknologi Pertanian Untuk Tingkatkan Perniagaan Pertanian Afrika Menggunakan Teknologi Blockchain

 

IBM Research telah bekerjasama dengan syarikat teknologi pertanian Amerika Syarikat, Hello Tractor untuk menambahbaikkan industri pertanian Afrika dengan teknologi blockchain. IBM Research di Kenya sedang bekerjasama dengan pemaju Hello Tractor untuk menggunakan pelbagai peralatan dan teknologi, termasuk blockchain, ke platform mudah alih Hello Tractor yang membolehkan petani mengakses perkhidmatan traktor apabila ada keperluan.

Khususnya, para saintis IBM Research akan menggabungkan teknologi blockchain dan Internet of Things (IoT) ke platform alat Hello Tractor. IBM Research juga berhasrat untuk mengintegrasikan platform dengan penyelesaian awan IBM Cloud, serta Watson Decision Platform for Agriculture, alat perniagaan agro yang dibangunkan berdasarkan kecerdasan buatan (AI).

Platform baru ini dilaporkan akan menjadi “dompet digital pertanian” berasaskan blockchain dan AI yang memberikan ketelusan tinggi bagi data yang dikongsi dengan serta-merta antara semua pihak perniagaan agro. Secara khususnya, projek perintis ini dijangka akan menangani pelbagai proses dalam industri pertanian, seperti ramalan hasil tanaman oleh petani, pengurusan penggunaan peralatan dan ramalan penyelenggaraan, dan penyusunan portfolio kredit untuk petani dan pemilik traktor oleh bank, juga sebagai proses pelaburan dan peraturan oleh kerajaan.

Sumber:

https://www.ibm.com/blogs/research/2018/12/hello-tractor/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads