Default – Above Header Ads

IBM Bekerjasama Dengan Syarikat Minyak Negara Abu Dhabi Untuk Sistem Rantaian Bekalan Menggunakan Blockchain

 

Syarikat Minyak Kebangsaan Abu Dhabi (ADNOC) telah berjaya bekerjasama dengan IBM untuk mengetuai sistem rantaian bekalan blockchain. Kenyataan itu menyatakan bahawa ADNOC – sebuah syarikat minyak milik negara di Emiriah Arab Bersatu (UAE) – dilaporkan di antara kumpulan tenaga dan petrokimia terkemuka di dunia, dengan keluaran harian kira-kira 3 juta barel minyak dan 10.5 kaki kubik gas asli menyertai kerjasama dengan pihak IBM.

Projek perintis ini “menyediakan platform tunggal yang menjejaki kuantiti dan nilai kewangan setiap transaksi dua hala” antara syarikat-syarikat yang terlibat mengotomatisasi perakaunan. Sistem ini telah diumumkan oleh Pengurus Unit Digital ADNOC, Abdul Nasser Al Mughairbi, pada World Energy Capital Assembly di London baru-baru ini. Semasa sidang kemuncak itu, beliau menyatakan bahawa “ini boleh menjadi aplikasi pertama blockchain dalam pengeluaran minyak dan gas.”

Zahid Habib, wakil IBM, mendakwa bahawa sistem itu “membolehkan keupayaan untuk mengesan setiap molekul minyak, dan nilainya, dari telaga minyak hinggalah kepada pelanggan.” Pada masa akan datang pelanggan dan pelabur akan diberi akses kepada data “menyediakan integrasi yang lancar di antara semua pemegang kepentingan.”

Sumber:

https://www.adnoc.ae/en/news-and-media/press-releases/2018/adnoc-announces-groundbreaking-blockchain-application

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.