Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

IBM Diberikan Paten Untuk Sistem Keselamatan Berdasarkan Blockchain

 

IBM baru-baru ini telah dianugerahkan paten untuk sistem keselamatan berasaskan blokchain. Pembentangan paten telah diterbitkan di laman web US Patent and Trademark Office (USPTO) pada Selasa, 2 Oktober. Seperti diterangkan IBM dalam dokumen yang difailkan pada September 2017, teknologi ini membolehkan pengesanan pelanggaran keselamatan dalam rangkaian dengan menghubungkan semua monitor ke dalam konfigurasi rantai, yang mendaftarkan semua peristiwa dalam rangkaian. Ini, seterusnya, dapat membantu menghindari pelbagai jenis penggodaman.

Mengikut penjelasan terperinci yang disediakan oleh IBM, monitor boleh dengan mudah dicerobohi dalam sistem biasa kerana “peranti tersebut tidak mengenali antara satu sama lain,” dan penggodam boleh “membersihkan” sejarah peranti tersebut untuk mendapatkan kawalan.

Walau bagaimanapun, dalam sistem keselamatan blokchain, monitor yang digodam boleh ditemui serta-merta. “Sekiranya maklumat yang diterima untuk transaksi tertentu berbeza, maka satu monitor mungkin telah digodam,” menurut penjelasan tersebut. Penggunaan teknologi blockchain dalam sistem monitor akan membantu mewujudkan rangkaian “yang lebih kukuh” dan memberikan lebih banyak ciri-ciri keselamatan, kata IBM.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/ibm-awarded-patent-for-secure-system-based-on-blockchain

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads