Default – Above Header Ads

IBM Failkan Paten Blockchain Untuk Cegah Kecurian Pakej Yang Dihantar Oleh Drone

IBM telah memfailkan paten sistem yang menggunakan teknologi blockchain untuk mencegah kecurian pakej yang dihantar drone. Menurut Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat (USPTO) pada 12 November, IBM akan mengesan ketinggian drone dengan  menggunakan altimeter Internet of Things (IoT), sambil terus memuat naik data tersebut ke platform blockchain.

Ia mungkin menjadi kebiasaan untuk mencuri pakej yang dihantar oleh drone pada masa akan datang. Idea ini ialah pakej akan dilengkapi dengan sensor ketinggian untuk mencetuskan penggera jika perubahan ketinggian yang ketara berlaku melebihi kriteria yang ditetapkan. Setelah penggera dicetuskan, peranti IOT yang didayakan GPS akan menghantar data lokasi yang tepat ke modul penjejakan.

Paten IBM menerangkan situasi yang mana penghantaran pakej tanpa pengawasan boleh meninggalkan barang terdedah kepada kecurian selepas pakej dihantar dan sebelum ia diterima pelangaan. Paten itu meneruskan: “Kenaikan penggunaan drone dan peningkatan membeli-belah dalam talian menyediakan situasi di mana drone boleh digunakan dengan niat jahat untuk mengambil pakej yang ditinggalkan di hadapan pintu selepas penghantaran.”

Rujukan:

https://bit.ly/2QZRfs1

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads