Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

IBM Lancar Penjejak Transaksi Media Yang Dikuasakan Blockchain Untuk Mencegah Penipuan Pengiklanan

IBM iX telah bekerjasama dengan pembekal perisian Mediaocean untuk melancarkan penjejak berkuasa blockchain untuk transaksi media digital. IBM iX adalah sayap perundingan perniagaan dan teknologi kepada IBM. Menurut IBM iX, tujuan utamanya untuk menggunakan blockchain dalam ekosistem media ialah “membersihkan” industri media.

Penjejak ini akan secara puratanya menangani penipuan iklan digital dengan menghalang pembayaran daripada pergi ke pihak yang salah. Rakan kongsi dalam pemasaran global di IBM iX, Babs Rangaiah mengatakan bahawa projek perintis blockchain ini akan membantu mengesan aliran wang di kalangan pemain media dan menyingkirkan orang tengah yang tidak perlu.

Di samping menyediakan ketelusan dalam industri, projek perintis ini juga bertujuan untuk mengurangkan masa dan kos transaksi media. Projek perintis ini akan melibatkan tawaran media untuk Unilever, Kimberly-Clark Corp, Pfizer, Kellogg, dan Watson. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mediaocean Bill Wise, projek perintis itu akan diterapkan sepenuhnya oleh “majoriti” industri media digital menjelang akhir 2019.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/ibm-launches-blockchain-powered-media-transactions-tracker-to-prevent-advertising-fraud

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.