Default – Above Header Ads

IBM Lancar Rangkaian Penjejakan Makanan Menggunakan Blockchain

 

IBM secara rasmi melancarkan rangkaian penjejakan makanan berasaskan blokchain, Food Trust, selepas ujian selama 18 bulan. Dalam pengumuman yang sama, IBM mendedahkan bahawa satu lagi peruncit makanan utama Carrefour menyertai ekosistem mereka. Menurut IBM, menjelang 2022, Carrefour merancang untuk memperluaskan blokchain kepada semua jenamanya di seluruh dunia.

IBM Food Trust pertama kali diumumkan pada 2016 sebagai penyelesaian blockchain yang akan menghubungkan pihak yang berlainan dalam industri makanan. Dalam tempoh percubaan, bermula Ogos 2017, syarikat itu bekerjasama dengan Nestle SA, Dole Food Co., Driscoll’s Inc., Golden State Foods, Kroger Co., McCormick and Co., McLane Co., Tyson Foods Inc. dan Unilever NV . Menurut IBM, semasa tempoh ujiannya, para peruncit dan pembekal menggunakan Food Trust untuk menjejaki “berjuta-juta produk makanan.”

Perbadanan peruncitan A.S. Walmart merupakan salah satu daripada syarikat pertama yang menyertai IBM dalam eksperimen di kawasan itu, pada tahun 2016 menggunakan blockchain untuk mengenal pasti dan menghapuskan makanan yang ditarik balik.

Sumber:

https://newsroom.ibm.com/2018-10-08-IBM-Food-Trust-Expands-Blockchain-Network-to-Foster-a-Safer-More-Transparent-and-Efficient-Global-Food-System-1

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads