IBM Patenkan Teknologi Blockchain Untuk Jejaki Drone
IBM telah memohon paten untuk sistem teknologi lejar digital (DLT) untuk menangani kebimbangan privasi dan keselamatan yang berkaitan dengan peningkatan penggunaan pesawat dalam kedua-dua aplikasi komersial dan rekreasi. Menurut dokumen yang diterbitkan oleh Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat (USPTO), IBM pertama kali memohon paten tersebut pada bulan Mac 2017.
Dalam pemohonan paten tersebut, paten tersebut memperincikan bagaimana sebuah lejar blockchain digunakan untuk menyimpan data yang berkaitan dengan penerbangan drone, “terutamanya apabila risiko keselamatan dianggap tinggi,” memastikan pengawal ruang udara dapat mengawasi drone yang semakin banyak di ruang udara.
Block di dalam blockhain teersebut boleh merangkumi pelbagai data yang berbeza berkaitan dengan corak penerbangan drone, termasuk lokasi, pengilang dan nombor modelnya, apa-apa kelakuan yang tidak menentu, keadaan cuaca dan jarak ke kepada zon yang terlarang. Di bawah sistem yang dicadangkan, blockchain tersebut mempunyai masa penyelesaian block yang boleh berubah, sebagai tindak balas kepada faktor persekitarannya.
Sebagai contoh, jika drone komersial terbang terlalu dekat dengan zon penerbangan lapangan terbang, ia boleh mencetuskan risiko, maka ia meningkatkan masa penyelesaian block untuk menyediakan pengawal ruang udara dengan data yang lebih kerap berkenaan drone, dan jika perlu, berkenaan operator drone tersebut.
Sumber:http://appft.uspto.gov/netacgi/nph-Parser?Sect1=PTO1&Sect2=HITOFF&d=PG01&p=1&u=%2Fnetahtml%2FPTO%2Fsrchnum.html&r=1&f=G&l=50&s1=”20180270244″.PGNR.&OS=DN/20180270244&RS=DN/20180270244