Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

IBMR Dan Firma Blockchain Algorand Lancarkan Platform Pembiayaan Mikro

International Blockchain Monetary Reserve (IBMR) dan Algorand, firma blockchain bersama-sama melancearkan platform pembiayaan mikro dan token khusus untuk mempromosikan kemasukan kewangan di Asia Tenggara.

Pada laporan akhbar 12 Disember, perkongsian antara kedua-dua entiti ini bertujuan untuk membangun dan melancarkan ekosistem pembiayaan mikro berasaskan teknologi blockchain Algorand dalam usaha untuk meningkatkan tahap kewangan golongan miskin bandar di rantau ini. Dalam inisiatif ini, pihak tersebut akan juga memperkenalkan token khusus yang digelar Asia Reserve Currency Coin (ARCC).

ARCC direka untuk menyediakan modal bebas hutang kepada golongan miskin di bandaraya Asia Tenggara, di mana lebih 300 juta orang dewasa tidak mempunyai akaun bank atau kekurangan akses kredit, pelaburan dan insurans yang sewajarnya. Rakyat akan berupaya mendapatkan ARCC secara percuma dengan melaporkan rasuah dan menerima pelaburan untuk perniagaan mereka dalam bentuk ARCC.

Individu juga akan dapat memperoleh ARCC sebagai ganjaran melalui aktiviti lain. Dengan mengagregat data secara langsung dari orang, organisasi berharap untuk mensasarkan kedua-dua rasuah dan masalah tiada akses kepada bank di rantau ini, pasukan IBMR menambah: “Tetapi tumpuan utama laman web kami bukan untuk memberi wang secara percuma, tetapi untuk pengguna mengumpulkan modal bebas hutang selama tempoh pelepasan 3 tahun untuk pelaburan keusahawanan mereka.”

Bercakap tentang bagaimana inisiatif itu sebenarnya akan membantu orang mendapatkan dan memperolehi insurans, IBMR menjelaskan bahawa ARCC.one akan beroperasi sebagai platform pengurusan aset berdasarkan pegangan pengguna, membolehkan mereka menggunakan ARCC mereka sendiri dalam platform untuk menggunakan perkhidmatan seperti kredit, pelaburan dan kemudahan insurans.

Rujukan:

https://learnbonds.com/Algorand%2C+IBMR+to+Provide+Debt-Free+Investment+Capital+to+Southeast+Asian+Citizens

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads