Default – Above Header Ads

Iceland: Ketua dalam Rompakan Peralatan Perlombongan Bitcoin Dipenjara Lebih Empat Tahun

 

Seorang lelaki berbangsa Iceland menerima hukuman penjara selama empat setengah tahun atas kesalahan mencuri peralatan perlombongan Bitcoin, media tempatan Iceland Monitor laporkan pada 17 Januari.

Sindri Þór Stefánsson, yang pada bulan April 2018 menaiki pesawat ke Stockholm dan Reykjavik dengan passport yang dicuri, telah ditahan di Amsterdam dan dihantar kembali ke Iceland. Stefánsson mendakwa dia melarikan diri ke Sweden.

Di mahkamah, Stefánsson, bersama-sama enam lagi rakan sejenayah dihukum penjara untuk tempoh yang lama.

Prosiding itu berkaitan pencurian peralatan perlombongan Bitcoin yang dilaporkan bernilai $2 juta, dan dua lagi cubaan mencuri yang berlaku pada bulan Disember 2017 dan Januari 2018.

Sasaran pencurian itu adalah syarikat IT Nordic, Advania, di mana semua defendan akan membayar pampasan sebanyak 33 juta Krona (dalam $273,000).

Stefánsson menerima hukuman paling panjang dalam kumpulan itu, yang datang selepas dia mengatakan bahawa dia dibenarkan untuk menaiki pesawat Sweden itu sewaktu dia lari dari penjara Sogni.

Selepas waran tahanan tamat waktu, hakim mempunyai 24 jam untuk memperbaharuinya, tetapi dalam interim ini Stefánssonberkata dia bebas untuk ke mana-mana.

“Saya telah dipaksa menandatangani sehelai kertas yang menyatakan saya bebak untuk kemana-mana, tetapi jika boleh, saya akan duduk dalam bilik penjara sehingga jagaan tambahan diluluskan,” dia menambah dalam kenyataan yang keluar baru-baru ini. 

Pada September yang lalu, orang dalam industri melaporkan bahawa perniagaan Iceland merancang untuk keluar dari perlombongan Bitcoin dan masuk ke dalam perniagaan Blockchain.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/iceland-figurehead-in-bitcoin-miner-heist-jailed-for-more-than-four-years

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.