Default – Above Header Ads

Ifmal.com, Platform E-Commerce Malaysia Kini Menerima Bitcoin

Ifmal.complatform e-commerce online di Malaysia kini sudah mula menerima Bitcoin sebagai pembayaran untuk pembelian barangannya, menurut post yang diterbitkan di halaman Facebook rasmi platform itu pada 12 Mac 2019.

Ifmal.com Menerima BitcoinMulai 13/3/2019, sistem pembayaran Ifmal.com akan menerima aset digital Bitcoin dengan…

Posted by Ifmal on Monday, March 11, 2019

Menurut post itu, ifmal.com akan mula menerima aset digital Bitcoin dengan pembelian minima dan yuran transaksi sebanyak 10%. Buat masa ini ifmal.com hanya menerima pembayaran Bitcoin dan hanya melalui pembelian yang dibuat secara online sahaja.

Ifmal.com adalah sebuah platform e-commerce yang menjual barangan eksklusif dan juga harian dari Australia dan UK dengan harga yang berpatutan. Antara jenama popular di platform online itu adalah pinggan mangkuk jenama Corelle, Pyrex, susu Devondale, Nutella, Thins, kopi Barista dan macam-macam lagi.

Ifmal.com mempunyai gudang jualan di Taman Industri Meranti Jaya, Puchong dan juga cawangan di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Dengan penggunaan matawang kripto yang masih belum meluas, platform seperti ifmal.com adalah antara contoh perniagaan yang progresif di Malaysia dalam mengembangkan penggunaan matawang kripto. Adakah perniagaan anda menerima Bitcoin atau altcoin lain? Anda mempunyai tips tentang perniagaan yang menerima matawang kripto? Hantar tips anda ke coin.my.

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads