Default – Above Header Ads

India: Badan Penguatkuasa Khuatir Matawang Kripto akan Menjejaskan Rupee

 

Kerajaan India sudah lama mempunyai pandangan tegas terhadap matawang kripto, selalu mengatakan tentang kemungkinan kripto digunakan dalam aktiviti haram seperti penggubahan wang haram dan pembiayaan operasi keganasan. Tambahan lagi, badan penguatkuasa dan penghakiman India berterusan menarik diri dari membuat keputusan tentang status undang-undang matawang digital.

Perkembangan terbaru adalah komiti draf undang-undang yang diketuai birokrat Chandra Garg, tidak begitu yakin tentang impak matawang digital ke atas INR, jika mereka dibenarkan sebagai cara pembayaran di negara itu.

Komiti itu ditubuhkan pada November 2017 di bawah pantauan Garg, Setiausaha Urusan Ekonomi Kementerian Kewangan India. Menurut laporan itu, panel itu dalam tahap terakhir draf undang-undang untuk matawang kripto di India.

Sumber dalaman hal itu memberitahu Quartz bahawa penilaian keseluruhan impak mengiktiraf matawang kripto ke atas ekosistem kewangan India adalah halangan besar bagi panel itu. Dia menambah:

“Jika bitcoin dan matawang digital lain dibenarkan untuk digunakan untuk pembayaran, maka sama ada ia akan menjejaskan kestabilan matawang kripto adalah kebimbangan utama panel itu.”

Rahul Raj, pengasas bursa pertukaran kripto India, Koinex memberitahu media bahawa sehingga teknologi blockchain boleh diskalakan kepada syarikat pembayaran global gergasi Mastercard dan Visa, peluang matawang kripto untuk mempunyai impak kepada ekosistem kewangan India adalah kecil.

Sumber:

https://btcmanager.com/india-regulatory-bodies-fear-cryptocurrencys-impact-on-rupee/?q=/india-regulatory-bodies-fear-cryptocurrencys-impact-on-rupee/&

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.