Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

India Mungkin Izinkan Kripto, Tetapi Dengan Syarat Yang Ketat

 

Kerajaan India mungkin boleh menghalalkan mata wang kripto, tetapi dengan terma dan syarat yang ketat. Ini berdasarkan laporan awal jawatankuasa pelbagai disiplin, yang ditubuhkan oleh kerajaan India untuk menyiasat berkenaan kripto, yang mana mereka tidak memihak larangan kripto secara terang-terangan.

Seorang pegawai kanan yang tidak dinamakan, yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa itu berkata: “Kami sudah mempunyai dua sesi mesyuarat. Terdapat persetujuan umum bahawa mata wang kripto tidak boleh disingkirkan sebagai menyalahi undang-undang. Ia perlu disahkan dengan hujah yang kuat. Perbincangan masih sedang dijalankan. “Kerajaan menubuhkan jawatankuasa itu pada April 2017 untuk mengkaji rangka kerja perundangan sedia ada yang berkaitan dengan mata wang digital dan mencadangkan langkah-langkah baru untuk menangani teknologi, termasuk menangani isu-isu mengenai perlindungan pengguna dan pengubahan wang haram.

Hasil mesyuarat kedua kumpulan ini akan dilaporkan kepada kementerian kewangan negara pada Februari 2019. Hasil measyuarat ini nampaknya menunjukkan pelonggaran sikap oleh jawatankuasa, yang, pada bulan Oktober, mencadangkan agar kerajaan membangunkan “rangka kerja undang-undang yang sesuai untuk mengharamkan penggunaan mata wang kripto swasta di India.”

Sumber:

http://www.newindianexpress.com/business/2018/dec/26/bitcoin-on-highway-to-being-legit-1916541.amp

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads