Default – Above Header Ads

India: Semua Menunggu Keputusan Mahkamah Agung Tentang Peraturan Kripto

 

Mahkamah Agung India akan memberi keputusannya mengenai peraturan matawang kripto yang telah lama dibincangkan, menurut laporan Entrackr pada 25 Mac. Menurut laporan itu, mahkamah tertinggi negara itu mendengar tentang kes itu pada 29 Mac, yang menandakan tarikh tamat selepas empat minggu yang diberi kepada kerajaan untuk menubuhkan peraturan kripto.

Sementara negara lain di seluruh dunia maju ke hadapan, walaupun perlahan, untuk menerima matawang kripto, nampaknya di India negara itu berdepan dengan halangan besar.

Pada bulan Februari 2019, kerajaan yang diketuai Narendra Modi telah diarahkan oleh Mahkamah Agung India untuk menyampaikan peraturan kripto dalam masa 28 hari.

Menurut laporan Entrackr, barisan dua hakim iaitu Hakim Rohinton Fali Nariman dan Hakim Vineet Saran telah memberi “peluang terakhir” kepada kerajaan itu untuk menjelaskan pendiriannya tentang matawang digital.

Ramai skeptik percaya kerana pendirian India yang tidak jelas, negara itu boleh ketinggalan dalam perlumbaan kripto global ini.

Laporan yang keluar pada 4 Februari menyatakan bahawa kerajaan India khuatir dengan implikasi meletakkan larangan menyeluruh (blanket ban) ke atas ekosistem kripto yang kecil negara itu. Pada bulan Disember 2018, New Indian Express telah melaporkan bahawa jawatankuasa disiplin yang bertanggungjawab untuk menggubal peraturan tentang aset kripto sedang berusaha menulis draf yang merangkumi peraturan ketat dan bukannya melarang matawang kripto. Namun begitu, laporan itu masih belum dikeluarkan kepada awam lagi, dan masih tiada pengumuman berkenaannya yang dilaporkan.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Pada April 2018, Bank Rizab India mengejutkan dunia apabila ia mengeluarkan mandat yang melarang semua bank di negara itu daripada berurusan dengan perniagaan kripto. Oleh kerana itu, seluruh negara itu menunggu keputusan Mahkamah Agung.

https://btcmanager.com/india-all-eyes-on-supreme-court-as-it-prepares-to-give-verdict-on-crypto-regulations/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads