Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Indonesia Mengiktiraf Bitcoin Sebagai Komoditi 

 

Penguatkuasa di Indonesia akhirnya telah mengiktiraf Bitcoin dan matawang digital lain sebagai komoditi, oleh itu, menyediakan sandaran undang-undang untuk mendagangkan matawang virtual. Kesannya, bursa pertukaran kripto di negara itu kini perlu memenuhi syarat yang telah ditetapkan sebelum dibenarkan beroperasi.

Lembaga Pengawalseliaan Pertukaran di bawah Kementerian Perdagangan Futures Indonesia (Bappebti) mengeluarkan Peraturan No.5/2019 yang mengandungi peraturan untuk bursa pertukaran kripto, dan juga pengiktirafan rasmi matawang kripot Sebagai komoditi. Menurut Peraturan baru itu, perdagangan matawang virtual itu kini sah di sisi undang-undang Indonesia.

Sebagai sebahagian daripada peraturan baru, bursa pertukaran kripto perlu menggunakan perkhidmatan pakar keselamatan IT dan menyimpan rekod transaksi mereka sekurang-kurangnya lima tahun. Selain itu, salah satu server perlu ditetapkan di negara itu, dan mereka perlu mempunyai struktur organisasi yang jelas dengan jabatan seperti undang-undang, audit, sokongan klien, IT dan sebagainya.

Menurut Hukumanonline, Ketua Bappebti, Indrasari Wisnu Wardhana, menekankan keperluan peraturan ini dan berkata:

“Kami ingin memberi perlindungan kepada orang yang ingin melabur dalam aset kripto supaya mereka tidak ditipu oleh penjual yang menipu.”

Peraturan ini adalah sebahagian daripada peraturan besar untuk perdagangan matawang kripto komoditi dalam pasaran spot dan futures.

Sebelum ini, Bitcoinist telah melaporkan tentang pedagang dalam negara itu yang memprotes had minima kapital berbayar yang berlebihan untuk perdagangan matawang kripto futures.

Sumber:

https://bitcoinist.com/indonesia-bitcoin-commodity-regulations/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.