Default – Above Header Ads

Industri Iceland Akan Beralih Dari Perlombongan Kripto Ke ‘Perniagaan Teknologi Blockchain’

 

Industri kripto di Iceland dijangka bergerak dari perlombongan kripto dan beralih kepada “perniagaan teknologi blockchain.” Ini adalah berdasarkan ramalan yang dibuat oleh beberapa orang dalam industri tempatan. Halldór Jörgensson, pengerusi Pusat Data Borealis yang berpangkalandi Reykjavik, mengatakan bahawa permintaan daripada industri blockchain tempatan mula “beralih kepada perniagaanteknologi blockchain,” daripada perlombongan Bitcoin.

Menurut Jörgensson, kegilaan fenomena perlombongan Bitcoin (BTC) telah merosot, ketika mata wang kripto telahmencapai harga tertinggi sepanjang masa. Walau bagaimanapun, beliau telah mencadangkan bahawa “gelombang” perlombongan Bitcoin telah menyumbang kepada pertumbuhan industri tenaga dan data tempatan yang lebih pantas, yang infrastrukturnya yang maju kini dijangka memberikan rangsangan kepada perniagaan yang berkaitan dengan blockchain.

Iceland telah menjadi salah satu pemimpin dalam perlombongan kripto disebabkan iklimnya yang sejuk secara semulajadi, serta banyak sumber tenaga boleh diperbaharui yang kos efektif – terutamanya geotermal dan hidroelektrik. Negara ini merupakan salah satu daripada 5 ladang perlombongan kripto terbesar di dunia, yang mana operator Genesis Mining dilaporkan sebagai pengguna tunggal terbesartenaga elektrik di Iceland.

Sumber:

https://www.redherring.com/top-story/after-2017s-cowboy-crypto-era-icelands-miners-look-forward-to-a-divested-future/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.