Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Industri Kopi Mengunakan Penyelesaian Blockchain IBM untuk Menjejak Rantaian Bekalan

Sekumpulan syarikat kopi global bermatlamat untuk melancarkan platform blockchain untuk menjejak kopi menggunakan aplikasi yang dibangunkan IBM menjelang awal tahun 2020.

Farmer Connect, satu startup teknologi yang membangunkan peralatan penjejakan peladang-ke-klien, telah bekerjasama dengan firma kopi terbesar dunia seperti Jacobs Douwe Egberts dan Smucker’s untuk implementasi blockchain kepada penjejakan rantaian bekalan kopi menggunakan IBM Food Trust Platform, diumumkan pada 18 September.

Menurut terbitan berita oleh Farmer Connect, startup itu telah bekerja dengan IBM untuk membina aplikasi “Thank My Farmer”, yang membekalkan pengguna dengan data terperinci tentang produk kopi, termasuk asal usul dan penetapan harga.

Peserta lain termasuk Colombian Coffee Growers Federation, ITOCHU Corporation, RGC Coffee, Beyers Koffie dan firma perdagangan kopi Swiss Sucafina. Selepas pelancaran aplikasi itu, syarikat itu merancang untuk berkembang ke komoditi lain.

Rajendra Rao, pengurus am IBM Food Trust, menyatakan keyakinannya bahawa Farmer Connect akan menjadi platform pilihan untuk industri kopi. Eksekutif itu berkata pendekatan berdasarkan blockchain itu bertujuan untuk menyokong semua dalam ekosistem industri itu, dan kedua-dua peladang dan pelanggan dijangka akan mendapat kelebihan kepada perhubungan yang telus itu.

Pada bulan April, Cointelegraph melaporkan bahawa syarikat runcit berantai AS Albertsons Companies telah menjadi klien IBM Food Trust. Platform itu pertama kali dilancarkan untuk peringkat ujian pada tahun 2016 dengan Walmart di China. Gergasi makanan lain seperti Nestle selepas itu menyertainya sebagai program pilot dan telah menarik lebih ramai peserta lain.

Pada 17 September, Cointelegraph melaporkan bahawa syarikat Belanda Waste2Wear telah menjalankan pameran fabrik yang dikitar semula, pertama di dunia, yang diperbuat daripada plastik di lautan, yang boleh dijejak dengan teknologi Blockchain.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/coffee-industry-taps-ibm-blockchain-solution-to-track-supply-chain

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads