Default – Above Header Ads

Institusi Sudah Tiba: Jumlah CME Bitcoin Futures Mencecah Rekod Tinggi Baru

Data sheet CME untuk 28 Mei 2019 menunjukkan jumlah minat terbuka (open interest) terhadap kontrak Bitcoin Futures adalah 5,190. Ini melambangkan peningkatan dalam 7 peratus dari angka yang diterbitkan minggu sebelumnya (21 Mei 2019) dan juga rekod ATH baru dari segi minat terbuka.

Pada thaun 2019, CME BTC futures telah berterusan menunjukkan rekod angka bersebelahan dengan kemunculan semula sentimen bullish dalam kelas aset itu. Sebelum ini di pertengahan Mei, Bitcoinist melaporkan bahawa jumlah perdagangan telah mencecah $1.3 bilion.

Jumaat (31 Mei 2019) adalah hari terakhir perdagangan dengan penyelesaian kontrak futures berlaku pada 3 Jun 2019. Beberapa individu industri berkata penyelesaian pada hari Isnin akan menjadi yang terbesar dalam sejarah kontrak dan boleh mempunyai implikasi terhadap harga Bitcoin dalam pasaran spot.

Melihat kepada laporan Bitwise Mei 2019, perdagangan futures yang dikawal selia telah berkembang menjadi dalam 48 peratus daripada pasaran spot sejak April 2019. Bitwise membuat perbandingan ini menggunakan apa yang dipanggil “jumlah perdagangan sebenar” bertentangan dengan “jumlah perdagangan yang dilapor” yang diterbitkan oleh CoinMarketCap.

Rekod jumlah perdagangan dari CME BTC futures hanya sebahagian daripada minat institusi BTC yang bullish.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini oleh Bitcoinist, premum ke atas Grayscale Bitcoin Trust (GBTC) telah melihat harga melepasi $11,000 dalam platform itu.

Dengan CME BTC futures tamat tempoh, akan terdapat “jurang sementara”. Namun begitu, memandangkan kedudukan ini akan berpusing Seperti biasa, jurang sementara itu tidak sepatutnya menjejaskan harga spot Bitcoin.

Dan hari minggu yang lalu menunjukkan Bitcoin telah stabil di lingkungan $8,700 untuk persediaan pasaran hari akan dibuka semula. CME Bitcoin futures tamat temph pada 23 hari bulan dengan short position 4,417 daripada minggu sebelumnya 3,826.

Sumber:

https://bitcoinist.com/institutions-are-here-cme-bitcoin-futures-volume-hits-new-record-high/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.