Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

IOTA Foundation Bekerjasama dengan Linux Foundation untuk Membangun LF Edge

Gergasi software Linux Foundation telah bekerjasama dengan IOTA Foundation untuk membangun rangka kerja LF Edge. Arpit Joshipura, Pengurus Am Linux Foundation berkata:

“Kami sangat teruja untuk bekerjasama lebih rapat dengan IOTA Foundation dan tidak sabar untuk menerokai inovasi baru dan menggunakan kebolehan yang dibawa IOTA kepada LF Edge.”

Joshipura juga berkata kolaborasi dengan IOTA Foundation adalah satu lagi contoh kuasa kolaborasi dalam komuniti sumber terbuka dan cara komuniti boleh berkembang kuat bersama-sama.

Menurut penerbitan blog rasmi, “LF Edge adalah organisasi induk yang bertujuan untuk menubuhkan rangka kerja yang terbuka dan interoperable untuk edge computing bebas dari hardware, silikon, cloud, atau sistem operasi. Ia juga menekankan:

“Dengan menggabungkan ketua industri, LF Edge akan mencipta rangka kerja yang boleh digunakan kedua-duanya untuk standard hardware dan software dan juga praktis terbaik yang kritikal kepada memelihara generasi sedia ada dan masa hadapan IoT dan peranti edge.”

Sumber:

https://eng.ambcrypto.com/iota-foundation-partners-with-linux-foundation-to-co-develop-lf-edge-framework/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.