Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Iran Berkata AS Sabotaj Perlombongan Bitcoinnya

Pegawai kerajaan Iran telah menyatakan bahawa kerajaan AS bertanggungjawab ke atas sabotaj aktiviti perlombongan Bitcoin di Iran.

Media tempatan Fars memetik kata-kata Naib Menteri Industri, Perdagangan dan Bekalan Iran, Saeed Zarandi, yang berkata pentadbiran Trum sebelum ini telah melobi untuk mengeluarkan negara pariah Asia itu daripada sistem pembayaran antarabangsa seperti SWIFT. Tetapi kini, ia telah beralih kepada perlombongan kripto, memandangkan Iran berkebolehan untuk mengelak daripada sekatan kewangan terhadapnya.

Ini semua datang kerana Iran mempunyai antara kos elektrik paling rendah di dunia, terima kasih kepada subsidi besar dari kerajaan yang menurunkan Kosnya kepada serenah USD 0.03, berbanding purata harga 14 sen di AS.

Memandangkan perlombongan Bitcoin bergantung kepada kos elektrik yang murah untuk menjana keuntungan, penduduk Iran telah melaporkan bahawa peralatan perlombongan yang lama pun menjana keuntungan. Kenaikan dalam minat terhadap perlombongan Bitcoin telah membawa kepada ketidak stabilan kapasiti penjanaan tenaga, memaksa kerajaan untuk menyiasat sumber pemotongan kuasa ini, menyebabkan penutupan dan rampasan peralatan perlombongan.

Ali Akbar Karimi, ahli jawatankuasa ekonomi di Parliment Iran menyatakan bahawa:

“Melombong matawang kripto telah menjadi aktiviti yang semakin meluas di Iran, dan ia memakan tenaga yang banyak menyebabkan masalah dalam negara, terutama pada musim panas.”

Berikutan itu, kerajaan telah memberi amaran kepada pelombong Bitcoin bahawa mereka mungkin akan dipaksa membayar “harga sebenar” elektrik tidak lama lagi.

Namun begitu, ia tidak bermakna mereka ingin mengharamkan Bitcoin, dan tuduhan kini adalah bahawa AS bertanggungjawab ke atas bursa pertukaran seperti LocalBitcoin dan Binance menarik diri dari Iran.

Sumber:

https://bitcoinnews.com/iran-says-us-is-sabotaging-its-bitcoin-mining/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.