Default – Above Header Ads

Iran Iktiraf Industri Perlombongan Kripto, Harga Bitcoin Di Iran Meningkat Kepada $ 24,000

 

Pengiktirafan kerajaan Iran terhadap perlombongan mata wang kripto sebagai industri yang sah mendorong harga Bitcoin untuk mencatat rekod tertinggi pada saat negara sedang membina mata wang kripto nasionalnya sendiri untuk menghindari sekatan antarabangsa.

Majlis Tertinggi Ruang Siber (HCC) Iran telah mengesahkan bahawa kerajaan kini melihat perlombongan kripto seperti Bitcoin sebagai industri yang sah. Setiausaha HCC, Abolhassan Firouzabadi menegaskan bahawa pihak berkuasa akan “mengisytiharkan rangka kerja dan polisi” untuk syarikat permulaan dan syarikat dalam sektor mata wang kripto sebelum berakhirnya bulan ini. Terutama, pegawai kanan kerajaan menunjukkan pendekatan dasar yang sama di antara beberapa badan kerajaan termasuk kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Industri, Perlombongan dan Perdagangan, Tenaga serta Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah bersetuju bahawa perlombongan kripto “telah diterima sebagai industri. ”

Ekoran kepada pengiktirafan negara terhadap perlombongan kripto, aktiviti perdagangan di bursa kripto Iran meningkat mendadak, menjadikan harga Bitcoin mencecah rekod tertinggi pada $ 24,00 melebihi 3 kali ganda dari harga purata global.

Sumber:

http://en.ibena.ir/news/90849/Iran-Government-Accepts-Cryptocurrency-Mining-as-Industry

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.