Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Iran Mempertimbangkan Sistem Pendaftaran Tahunan Baru untuk Pelombong Kripto

Kabinet Iran sedang melihat cadangan untuk mendaftar pelombong matawang kripto dari tahun-ke-tahun.

Menurut kepada dokumen yang dilaporkan oleh Coindesk pada 19 September, cadangan draf untuk mendaftar operasi perlombongan kripto dalam perjalanan ke kelulusan rasmi di Tehran. Lesen yang dicadangkan akan memerlukan maklumat tentang pekerjaan, perjanjian sewa dan aktiviti perniagaan lain.

Keperluan itu nampaknya direka bentuk untuk membolehkan kerajaan Iran untuk mengurangkan aktiviti yang tidak diingini berkaitan dengan kripto sambil menjanan pendapatan dari industri yang hidup dalam negara yang sedang menghadapi sekatan antarabangsa dan inflasi – faktor ekonomi yang menyebabkan kenaikan dalam masalah dalam negara.

Dalam bulan-bulan yang baru ini terdapat banyak khabar angin tentang pendirian kerajaan Iran terhadap matawang kripto dalam sempadannya.

Pada bulan Jun, Menteri Tenaga Iran berkata mereka akan memotong tenaga kepada operasi perlombongan menggunakan grid tenaga negara itu yang telah disubsidi sehingga harga khusus dikuatkuasakan. Sebulan kemudian, harga khusus itu telah diluluskan, dengan pelombong dijangka membayar $0.07 per jam kilowatt, berbanding $0.05 untuk hampir semua rakyat lain.

Berikutan itu, di penghujung Julai, Iran meluluskan perlombongan sebagai aktiviti industri. Dan sementara kabinet Iran telah menolak penggunaan matawang kripto dalam transaksi pada awal bulan Ogos, Pentadbiran Pencukaian Nasional Iran bersetuju untuk mengecualikan pendapatan perlombongan kripto dari percukaian minggu yang lalu.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/iran-considers-new-system-of-annual-registration-for-crypto-miners

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads