Default – Above Header Ads

Jabatan Kewangan Dubai Lancar SistemPembayaran Berasaskan Teknologi Blockchain Untuk Kegunaan Kerajaan UAE

 

Jabatan Kewangan Dubai (DoF) telah bekerjasama dengan Pejabat Pintar Dubai (SDO) untuk melancarkan sistem pembayaran menggunakan teknologi blockchain. Platform baru, yang dipanggil “Payment Reconciliation and Settlement”, dilancarkan secara rasmi pada hari Ahad, 23 September. Ia dilaporkan dibina untuk entiti kerajaan, seperti Polis Dubai, Pihak Berkuasa Jalan dan Pengangkutan (RTA), Pihak Berkuasa Kesihatan Dubai (DHA) dan lain-lain organisasi kerajaan.

DoF dan SDO berhasrat untuk menyediakan sistem untuk proses tadbir urus yang lebih tepat dan telus, serta membolehkan pembayaran masa nyata dalam dan antara organisasi kerajaan. Pada masa ini, proses yang sedia ada bagi urus niaga di kerajaan Dubai memakan masa, memerlukan sehingga 45 hari untuk menyelesaikan sebarang operasi. Sistem baru ini dilaporkan telah digunakan oleh Pihak Berkuasa Elektrik dan Air Dubai (DEWA) dan Lembaga Pembangunan Manusia (KHDA), dengan jumlah transaksi ujian berjumlah lebih dari lima juta transaksi.

Dr. Aisha Bin Bishr, Ketua Pengarah di SDO, mengulas bahawa blockchain adalah “salah satu teknologi baru yang berpotensi tinggi.” Pada tahun 2017, kumpulan SDO telah diberikan penghormatan tertinggi di Ekspo Bandar Pintar dan Kongres Dunia di Barcelona , memperoleh Anugerah ProjekBandar dari kalangan 308 pasukan lain untuk Strategi Blockchain Dubainya.

Sumber:

https://www.zawya.com/mena/en/story/Smart_Dubai_Launches_BlockchainPowered_Payment_Reconciliation_and_Settlement_System-ZAWYA20180923101214/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.