Default – Above Header Ads

Jack Dorsey Memberi Petanda Pembayaran Bitcoin Lightning Akan Tiba ke Twitter

 

Dalam tweet pada 6 Februari, Jack Dorsey mengesahkan penyertaannya ke dalam inisiatif Torch oleh Lightning Network, transaksi relay yang dimulakan seorang ahli komuniti itu bulan yang lalu.

Pengulas tetap Matt Odell menjemput Dorsey untuk menghantarnya invois melalui Lightning, yang kemudiannya akan memberinya transaksi. Dorsey menerima jemputan itu dan ianya membawa kepada tweet yang teruja dari tokoh terkemuka.

“Ini akan menjadi salah satu tweet dalam sejarah oleh (Dorsey),”Armin van Bitcoin membalas. “Jadi, kita mulakan era #BitcoinTwitter.”

Seperti yang dilaporkan Bitcoinist, Lightning Torch bermatlamat untuk membawa kesedaran lebih baik tentang kebaikan Lightning kepada pengguna Bitcoin. Sejak pelancarannya lebih dari setahun lalu, teknologi itu, yang membolehkan transaksi Bitcoin dibuat tanpa sebarang yuran, telah melihat tahun yang penuh dengan pembangunan.

Pada bulan Januari, jumlah kapasiti yang boleh didapati melepasi 600 BTC buat pertama kali, dan sewaktu penulisan telah berkembang kepada 646 BTC ($2.2 juta).

Sementara itu Dorsey tidak hanya berhenti pada sokongan Lightning. Dalam satu lagi tweet, dia secara terbuka mendakwa dia tidak piliih untuk memiliki matawang kripto lain selain Bitcoin, dan juga mengimbangi kekeliruan tentang Perbezaan antara Bitcoin dan Bitcoin Cash.

Bitcoin Cash, yang memegang akaun @Bitcoin di Twitter, telah mengeluarkan mesej merungut tentang masa depan Bitcoin yang akan mempunyai yuran yang tinggi pada masa yang sama pengiktirafan Dorsey.

Bitcoin berdaya tahan. Bitcoin berprinsip. Bitcoin adalah tempat asal ideal Internet. Dan ia adalah jenama yang bagus,” dia terangkan.

Sebelum ini CEO Twitter telah berkata beberapa kali di forum awam bahawa dia menjangka Bitcoin akan menjadi matawang asal Internet. Perspektif itu bertentangan dengan polisi Twiiter, yang termasuk larangan pengiklanan berkaitan matawang kripto.

Namun begitu, Dorsey kini berkata dia “suka idea” tentang mikrotip di Twitter menambah baik kualiti kandungan. Perkhidmatan tipping ini sudah wujud, dan ia adalah sumber Lightning Torch.

Tambahan lagi, Dorsey telah menjadualkan temubual dengan pembangun rangkaian Lightning dan pengasas bersama Lightning Labs, Elizabeth Stark, bersama-sama penganjur podcast Stephan Livera pada hari Sabtu pada pukul 1 petang.

Projeknya yang lain, rangkaian pembayaran mesra Bitcoin Square, juga akan menjadi wallet penuh Bitcoin di masa hadapan, dia menambah.

Sumber:

https://bitcoinist.com/jack-dorsey-twitter-bitcoin-lightning-network/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads