Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Jaguar Menggunakan IOTA dalam Demo Proof-of-Concept Menjejak Tenaga Kereta

Syarikat DLT IOTA telah bekerjasama dengan pengeluar kereta Jaguar Land Rover untuk demonstrasi proof-of-concept untuk menjejak tenaga kereta dengan DLT.

IOTA mengumumkan berita itu dalam terbitan blog rasmi pada 30 Ogos. Menurut pengumuman itu, IOTA bekerjasama dengan Jaguar Land Rover dan pusat R&D tenaga Perancis Engie Lab Crigen untuk demonstrasi itu. Demonstrasi itu bertujuan untuk menunjukkan kepada orang awam bahawa sumber dan penggunaan tenaga Jaguar I-Pace di Trondheim Powerhouse, bangunan dimana perasmiannya membentuk latar belakang untuk proof-of-concept.

Russell Vickers, pengurus kumpulan kejuruteraan vehicle-as-a-service Jaguar Land Rover, memberi komen ke atas apa yang dipercayainya adalah masa hadapan bandar pintar yang mempunyai kesedaran tentang tenaga.

Menurut laporan itu, Jaguar I-Pace mempunyai smart wallet yang disokong IOTA yang boleh digunakan untuk caj tenaga – ciri yang dipanggil “Green Charging” – yang boleh dijejak oleh DLT IOTA. Ini akan memberi pemilik I-Pace kebolehan untuk caj kereta mereka secara eksklusif dengan tenaga yang boleh diperbaharui.

Tambahan lagi, smart wallet I-Pace kini membolehkan pengguna menjana IOTA dengan membiarkan kereta mereka melaporkan data yang relevan kepada keadaan jalan raya secara otomatik, termasuk maklumat tentang kerosakan jalan raya, cuaca dan trafik, menurut pengumuman itu. Matawang ini akan boleh digunakan untuk membayar perkhidmatan seperti tol, parkir dan bayaran caj.

Pada awal bulan Jun, IOTA Foundation telah melancarkan smart wallet baru untuk token IOTA. Wallet ini, dipanggil Trinity wallet, dilaporkan termasuk pengesahan biometrik dan keselamatan yang patuh Keepass, termasuk ciri-ciri lain.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/jaguar-uses-iota-in-proof-of-concept-demo-for-tracing-car-energy

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads