Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Jaguar Menguji Ganjaran IOTA kepada Pemandu, MIOTA Melonjak Naik 11.6%

Jaguar Land Rover sedang menguji “smart wallet” menggunakan IOTA; jika ia dilancarkan, pemilik kenderaan akan diberi ganjaran untuk berkongsi data panduan dan boleh “membayar tol, parkir, dan mengecas kereta elektrik” menggunakan matawang kripto itu, menurut Reuters pada 28 April.

IOTA adalah lejar teragih yang, berlainan dengan Bitcoin yang menggunakan struktur data blockchain, menggunakan directed acyclic graph (DAG) untuk mencapai skalabiliti dan throughput transaksi yang tinggi. Kripto itu selalu diangkat sebagai penyelesaian untuk aplikasi Internet-of-Things (IOT).

Pada 28 April, Reuters melaporkan bahawa Jaguar Land Rover, syarikat automotif antarabangsa British yang dimiliki Tata Motors, sedang menguji wallet IOTA di tapak kejuruteraannya di Shannon, Ireland, di mana Jaguar F-PACE dan Range Rover Velar sedang dipasang dengan software. Syarikat itu masih belum mengumumkan tarikh pelancaran untuk software itu.

Dominik Scheiner, pengasas bersama IOTA memberitahu Reuters bahawa teknologi smart wallet itu boleh “diadaptasi ke dalam kenderaan baru dengan mudah.”

Berikutan berita yang dikeluarkan itu, harga MIOTA di Binance, bursa pertukaran dengan jumlah perdagangan terbesar, melonjak naik dari 0.00004918 BTC ($0.252) ke 0.0005488 BTC ($0.283), iaitu kenaikan sebanyak 11.6%.

Sumber:

https://cryptoslate.com/jaguar-testing-iota-rewards-drivers-miota-up-11-6/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads