Default – Above Header Ads

Jamie Dimon Menyatakan bahawa Libra bukan Ancaman untuk Jangka Masa Pendek

Jamie Dimon, CEO firma perkhidmatan kewangan global JPMorgan Chase, berkata projek LIbra Facebook bukan satu ancaman untuk jangka masa pendek ini.

Seperti yang dilaporkan oleh CNBC, Dimon menyampaikan komennya semasa panggilan konferens bersama penganalisa pada 16 Julai. Dimon berkata dia tidak akan meluangkan banyak masa tentang Libra, menyatakan bahawa “untuk meletakkannya dalam perspektif, kita sudah bercakap tentang blockchain untuk tujuh tahun dan hanya sedikit sudah berlaku. Kita akan masih bercakap tentang Libra tiga tahun dari sekarang.”

Dimon menambah bahawa apa Sahaja usaha baru perlu mematuhi peraturan AML dalam industri itu. Dia berkata:

“Kami tidak kisah tentang persaingan. Permintaannya tetap sama: Kami ingin persaingan yang adil. Dan kerajaan akan menekan mereka yang memegang wang atau memindahkan wang untuk beroperasi dalam peraturan di mana mereka mempunyai kawalan yang betul; tiada siapa mahu terlibat dalam pembiayaan keganasan atau aktiviti jenayah.”

Kenyataan Dimon datang berikutan sidang media dari Setiausaha Kewangan Amerika Syarikat, Steven Munchin, yang bercakap tentang penggunaan matawang kripto untuk membiayai aktiviti haram, dan peranan pengawalseliaan terhadap organisasi berkaitan kripto.

Munchin berkata:

“Matawang kripto seperti Bitcoin telah dieksploitasi untuk menyokong aktiviti haram bernilai berbillion dollar, seperti jenayah siber, lari cukai, peras ugut, ransomware, pengedaran dadah, penyeludupan manusia […] Ini adalah isu keselamatan negara.”

JPMorgan sendiri dilaporkan menjangka untuk menguji token digitalnya sendiri yang dipanggil JPM Coin menjelang penghujung 2019. Umar Farooq, ketua perkhidmatan kewangan digital dan blockchain di JPMorgan, berkata bahawa stablecoin bank itu mempunyai potensi untuk membolehkan penghantaran bon serta-merta melalui blockchain.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/jamie-dimon-says-libra-does-not-pose-a-threat-in-short-term

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.