Jeneral Iran: Mata Wang Kripto Boleh Membantu Kami Mengelakkan Sekatan
Brigadier Jeneral Gholam Reza Jalali, ketua Organisasi Pertahanan Awam Iran, pada hari Isnin bercakap mengenai ‘peluang besar’ mata wang kripto adalah petunjuk terkini bahawa Teheran sedang membangunkan mata wang kripto. Jalali bercakap kepada berita TV milik negara Channel 2 dan beliau menyatakan: “Mata wang kripto dapat membantu melepasi sekatan tertentu melalui operasi perbankan yang tidak dapat dijejaki.”
Dengan berbuat demikian, Iran menjangkakan untuk mengurangkan pergantungannya pada pembayaran berasaskan dolar A.S. yang dikendalikan oleh SWIFT untuk perdagangan global. Presiden A.S. Donald Trump mengumumkan sekatan terhadap Tehran awal tahun ini, menjadikan Rial Iran jatuh ke paras terendahnya dalam sejarah. Iran sebelum ini dilarang dari menggunakan SWIFT dalam tempoh empat tahun antara 2012-2016.
Seperti yang dilaporkan pada bulan Mei, berikutan penarikan rasmi Trump dari perjanjian nuklear dengan Iran, kedua-dua Iran dan Rusia telah mengadakan perbincangan berhubung kerjasama untuk menggunakan mata wang kripto dalam perdagangan dua hala. “Mereka berkongsi pendapat kami,” kata Ketua Suruhanjaya Perekonomian Parlimen Iran Mohammad Reza Pourebrahimi selepas mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Paliament Rusia mengenai Dasar Ekonomi. “Kami berkata jika kami berjaya mempromosikan usaha ini, maka kami akan menjadi negara pertama yang menggunakan mata wang kripto dalam pertukaran barangan,” kata pegawai itu.
Sumber:
https://en.mehrnews.com/news/139158/Iran-could-turn-to-cryptocurrencies-to-evade-some-sanctions