Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Jepun: Aplikasi Pembayaran Syarikat E-Commerce Rakuten Menyokong Matawang Kripto

 

Syarikat e-commerce Jepun, Rakuten, mengumumkan bahawa naik taraf besar aplikasi mobile Rakuten Pay akan dilancarkan pada 18 March, menurut laporan kewangan 2018 Syarikat itu, yang diterbitkan pada 12 Februari. Struktur baru aplikasi itu menunjukkan ia akan menyokong pembayaran matawang kripto selain daripada fiat.

Menurut bahan penyampaian syarikat untuk suku tahun keempat dan tahun 2018, versi baru aplikasi itu akan memaparkan “semua penyelesaian pembayaran dalam satu platform.”

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph pada bulan Januari, dan bahan terbaru daripada syarikat itu mengesahkan, Rakuten – dikenali secara tidak rasmi sebagai “Amazon Jepun” – mendedahkan penyusunan semula struktur korporatnya. Syarikat yang distruktur semula itu termasuk bursa pertukaran kripto Syarikat itu, “Everybody’s Bitcoin” sebagai sebahagian daripada subsidiari pembayaran yang baru ditubuhkan, Rakuten Payment. Subsidiari pembayaran itu, yang sebelum ini adalah subsidiari kesetiaan di bawah nama “Spotlight”, akan merangkumi perkhidmatan kad pra-bayar syarikat itu, Rakuten Edy.

Syarikat itu mengatakan Edy akan disokong dalam aplikasi yang dikemaskini itu dan juga menunjukkan sokongan untuk pembayaran kod QR. Walaupun kemaskini aplikasi itu tidak menyatakan dengan jelas tentang sokongan kripto, spesifikasi syarikat itu tentang “semua penyelesaian pembayaran” yang akan disokong dalam platform mengimplikasikan sokongan untuk pembayaran kripto sebagai sebahagian daripada subsidiarinya, Rakuten Payment.

Rakuten memperoleh bursa pertukaran kripto Everybody’s Bitcoin pada Ogos 2018 dalam perjanjian berjumlah $2.4 juta. Pada waktu itu, wakil syarikat itu melaporkan bahawa syarikat itu “mempertimbangkan kemasukan ke dalam industri pertukaran kripto” kerana ia percaya “peranan pembayaran berdasarkan matawang kripto dalam e-commerce, offline retail dan pembayaran P2P akan berkembang di masa depan.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/japan-e-commerce-giant-rakutens-new-payment-app-appears-to-support-crypto

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads