Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Jepun Mempunyai Jumlah Pedagang Kripto Kedua Tertinggi di Dunia

Jenama hiburan Jepun Avex Inc. akan menggunakan blockchain dalam produk gaming, muzik dan kandungannya. Dan laporan baru dari DataLight yang menjejak pengagihan geografikal pedagang kripto di seluruh dunia, menempatkan Jepun di kedudukan kedua, di belakang Amerika Syarikat.

DataLight, platform penyelidikan aset kripto, menganalisa data trafik laman web dari 100 bursa pertukaran teratas untuk mengenal pasti di mana lokasi pedagang.

Dengan 6.24 juta pedagang, Jepun mendapat tempat kedua, dibelakang Amerika Syarikat yang mempunyai 22 juta pedagang. Korea Selatan di tempat ketiga dengan 5.7 juta pedagang, diikuti UK, Rusia, Brazil, Jerman, Vietnam, Turki dan Kanada. Laporan itu mendedahkan jumlah pedagang yang tinggi dalam negara di mana matawang negaranya adalah tidak stabil seperti Turki, Ukraine, dan Mexico. Analisa trafik laman web itu berdasarkan alamat IP, bermakna pedagang China dan mereka yang menggunakan VPN tidak diambil kira.

Bulan ini Avex Inc., syarikat hiburan terkemuka, mengumumkan pelancaran subsidiari baru, Avex Technologies Inc. Jenama baru ini akan membangun permainan, video, muzik dan VR menggunakan teknologi cloud dan blockchain.

Avex Group yang besar fokus kepada “teknologi hiburan global” dan menubuhkan Avex Technologies Inc untuk meneroka cara baru untuk mencipta harta intelek melalui teknologi canggih. Avex melihat fintech dan blockchain sebagai bidang inovatif untuk menjalankan perniagaan. Pada bulan Jun 2018, Avex menubuhkan EntameCoin Inc, yang menyediakan sistem pembayaran elektronik untuk kegunaan industri hiburan. Ia mengeluarkan, menjual dan mengurus e-money dan matawang virtual.

Pada tahun 2018, Avex meneliti semua artikel penubuhannya, menambah pertukaran matawang kripto kepada tujuan perniagannya, termasuk pengeluaran, penjualan dan pengurusan e-money dan penyediaan sistem pembayaran elektronik.

Beberapa syarikat besar Jepun dijangka akan membuat pengumuman berkaitan kripto di masa terdekat. Ini termasuk Monex Group, yang menguruskan bursa pertukaran Coincheck, LINE yang menguruskan perniagaan matawang kripto LVC, dan Rakuten yang menjalankan bursa pertukaran Rakuten Wallet. Dengan pasaran kripto global bertukar arah ke bullish, industri blockchain Jepun dijangka akan berkembang dengan signifikan dalam masa terdekat.

Sumber:

https://bravenewcoin.com/insights/japan-has-the-second-highest-number-of-crypto-traders-in-the-world

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.