Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Jepun: Remaja 18 Tahun Didakwa Mencuri MonaCoin Bernilai $100,000

 

Penguatkuasa Jepun di bandar Utsunomiya telah mendakwa seorang remaja berumur 18 tahun atas kesalahan mencuri kripto daripada Monappy, satu perkhidmatan wallet digital untuk MonaCoin. Remaja yang tidak diketahui identitinya itu dilaporkan dirujuk oleh pendakwa raya sebagai kes dakwaan pertama negara itu terhadap Penggodam (hacker) matawang kripto.

Walaupun Jepun sudah berada di hadapan negara lain dalam penggunaan kripto, negara itu masih lagi belum pernah membuat dakwaan terhadap penggodam untuk pencurian matawang kripto.

Sehinggalah 15 Mac yang lalu, apabila penguatkuasa Jepun mendakwa individu berumur 18 tahun itu atas kesalahan mencuri matawang kripto. Menurut Japan Times, defendan, seorang penduduk daerah Tochigi, dituduh mencuri matawang kripto bernilai lebih $100,000 antara 14 Ogos dan 1 September tahun lalu. Laporan media tempatan menyatakan remaja itu mencuri daripada Monappy, online wallet yang digunakan untuk menyimpan dan mengurus token MonaCoin (MONA).

Kripto berjumlah lebih $100,000 itu dicuri dari lebih daripada 7,700 pengguna, menurut laporan. Pengurusan Monappy telah memberi maklum balas terhadap insiden itu menyatakan mereka akan memulangkan kembali dana pengguna mereka.

Penggodam itu telah menggunakan software enkripsi Tor untuk menyembunyikan maklumat peribadinya, termasuk alamat IP, menurut Japan Times. Dia kemudiannya mengambil kesempatan terhadap bug dalam laman web itu yang membolehkannya untuk menghantar transaksi matawang kripto ke akaunnya sendiri berulang kali.

Ini telah menyebabkan sistem itu tidak berfungsi, membolehkan remaja itu menghantar lebih $100,000 atau 15 juta yen, dalam MonaCoin ke dalam akaunnya. Laporan insiden itu juga mendedahkan bahawa penggodam itu telah memindahkan wang yang dicuri ke dalam akaun di laman web kripto lain.

Menurut laporan dari IndieSquare pada 3 September 2018, kecurian itu tidak menjejaskan cold wallet laman web itu, yang memegang lebih 54 peratus daripada Jumlah baki Monappy. Tambahan lagi, maklumat sensitif seperti emel pengguna dan kata kunci juga tidak terjejas.

Sumber:

https://cryptoslate.com/japan-18-year-old-charged-for-stealing-100000-in-monacoin-in-countrys-first-crypto-theft-case/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.