Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Jeremy Allaire dari Circle yang Terbaru untuk Menjauhi Libra Facebook

Jeremy Allaire dari Circle telah mengeluarkan stablecoin bersandarkan AS sebelum stablecoin menjadi popular. Kini Facebook telah menyertai ruangan itu dengan Libra, yang direka bentuk untuk disandarkan oleh beberapa matawang fiat (dan mungkin instrumen kewangan yang lain), spotlight di atas stablecoin kini semakin terang. Tetapi Allaire, yang bersaksi di hadapan Senat AS pada 30 Julai, ingin penggubal undang-undang memahami perbezaan antara USD Coin dan Libra.

Bukan Allaire sahaja, tetapi CEO Ripple Brad Garlinghouse juga meminta Kongres untuk tidak “meletakkan semua matawang digital dalam tempat yang sama.” Syarikat Blockchain juga semakin menjauhkan diri mereka dari Libra coin Facebook. Walaupun Libra dikatakan sebagai baik untuk Bitcoin kerana perhatian yang ia bawa kepada kripto, ia telah menjadi taboo dari perspektif kawal selia.

Allaire menggambarkan stablecoin sebagai “building blocks yang kritikal untuk ekonomi digital masa hadapan.” Tetapi seperti yang dinyatakan, tidak semua stablecoin “sama”. Contohnya, walaupun USD Coin disandarkan 1:1 dengan satu matawang fiat (US Dollar), Libra disandarkan kepada beberapa matawang. Allaire menggambarkan bagaimana stablecoin Circle mempunyai lebih banyak use case dari Libra.

“Walaupun USDC dilancarkan pada awalnya dengan fokus kepada use-case perdagangan dan pasaran, sama seperti Libra, ia telah direka bentuk untuk dikembangkan kepada pembayaran dan penyelesaian untuk kedua-dua pengguna dan perniagaan. Kerana ia dibina di atas platform smart contract paling popular, Ethereum, kami juga menjangka USDC akan digunakan untuk kontrak kewangan dan aset digital yang ditokenisasi lain.”

Tambahan lagi, Libra terhad kepada Blockchain natif, sementara CENTRE milik Circle, iaitu platform di mana USD Coin dikeluarkan, “telah menjadi agnostik dalam Blockchain,” menurut Allaire.

Perbezaan paling utama antara USD Coin dan Libra adalah stablecoin Circle dilancarkan pada akhir tahun 2018 sementara Libra masih lagi kekal dalam kepala Mark Zuckerberg. Allaire berkata:

“Lebih $1 bilion telah ditokenisasi, dan lebih $500 juta ditebus, melalui perkhidmatan kami. US Dollar Coin kini adalah stablecoin kewangan yang telus yang terbesar dan terpantas yang dikeluarkan oleh institusi kewangan yang dikawal selia.”

Sumber:

https://www.ccn.com/news/jeremy-allaires-circle-the-latest-to-distance-itself-from-facebooks-libra/2019/07/29/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads