Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Jerman Mendedahkan Perancangan Baru untuk Menghalang ‘Matawang Selari’ Persendirian: Libra

Kerajaan Jerman telah meluluskan strategi blockchain yang bertujuan untuk menghalang stablecoin dari menjadi matawang alternatif dan mengancam kedaulatan negara itu.

Reuters melaporkan pada 18 September bahawa kabinet Chancellor Angela Merkel telah meluluskan strategi itu, untuk mengurangkan risiko yang terdapat pada matawang kripto Libra yang sedang dibangunkan oleh gergasi media sosial Facebook.

Reuters mengulang kata-kata Menteri Kewangan Olaf Scholz iaitu bahawa walaupun kerajaan ingin menguatkan lagi Jerman sebagai ketua dalam lokasi teknologi canggih itu dan menggalakkan inovasi blockchain, negara itu kekal berhati-hati tentang pengeluaran matawang digital dari sektor persendirian.

“Kami perlu melindungi pengguna dan kedaulatan negara. Satu elemen teras kedaulatan negara adalah dalam pengeluaran matawang, dan kami tidak akan memberikan peranan ini kepada syarikat persendirian,” katanya.

Strategi yang diluluskan itu akan melihat Jerman berkerja rapat dengan sekutu Eropah dan antarabangsa untuk menghalang stablecoin digital daripada menjadi matawang alternatif, dan juga menambah dialog dengan Bundensbank untuk meneroka potensi kelebihan dan risiko matawang digital bank pusat.

Seperti yang dilaporkan Reuters, strategi itu juga mendedahkan bahawa kerajaan Jerman bertujuan untuk mengeluarkan legislasi baru pada tahun 2019 yang akan membernarkan pengenalan bon elektronik berdasarkan blockchain.

Presiden penguatkuasa kewangan Jerman Bafin, Felix Hufield, berkata kepada wartawan sebelum ini bahawa agensi itu dalam “perbincangan mendalam dengan Libra.” Dia menyatakan kebimbangannya bahawa perkara yang relevan kepada ekonomi tidak difikirkan secara mendalam oleh pembangun Libra:

“Kami telah bertanya soalan, dan kami telah menerima respon. Soalan yang sangat spesifik, tetapi jawapan yang tidak terperinci.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/german-govt-approves-new-plan-to-block-private-parallel-currencies

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.