Default – Above Header Ads

Jika Mengikut Sejarah, Bitcoin Mungkin Kembali kepada Lingkungan $5,000

Satu minggu yang sangat menarik untuk Bitcoin. Dalam masa beberapa hari yang lalu, aset itu telah naik dari lingkungan $,6000 kepada $7,500, kemudian menurun semula ke $6,900, dan momentum ini adalah hasil daripada perasaan hype, keterujaan dan kepercayaan terhadap potensi matawang kripto itu.

Namun begitu, memandangkan pasaran telah kembali perlahan – buat seketika – penganalisa sudah mula berfikiran lebih rasional, berusaha untuk menjangka ke mana hala tuju matawang kripto di masa akan datang.

Pedagang popular Josh Rager baru-baru ini mencadangkan terdapat persamaan menarik antara pemulihan pada tahun 2015 keluar dari pasaran menurun dengan pasaran kali ini.

Sewaktu kitaran itu, BTC jatuh ke lingkungan $200, stabil pada $300 selama beberapa bulan, dan naik mendadak untuk mencecah $500, kemudiannya jatuh kembali. Tambahan lagi, Super Guppy selama tiga hari, indikator trend jangka masa panjang penting, tidak mengisyaratkan “pembelian” (hijau) sehingga selepas penurunan itu.

 

Nampak seperti sama? Ya, ini adalah kerana nampaknya Bitcoin seperti melakukan perkara yang sama, tetapi dalam lingkungan harga berbeza. Jika mengikut sejarah, Bitcoin mungkin akan jatuh 20% dari tahap terkini, dan memulakan fasa kedua pengumpulan (accumulation), yang boleh berkekalan sehinggan tujuh bulan. Dari situ, BTC sepatutnya mula naik mendadak kepada acara pembahagian ganjaran blok, menetapkan pentas untuk larian bull sepenuhnya.

Ia masih penting untuk nyatakan bahawa aksi harga terkini yang dilihat dengan matawang kripto adalah bullish. Menurut laporan sebelum ini dari NewsBTC, apabila BTC mencecah harga tertinggi tahun ini pada 11 Mei, jumlah Perdagangan Harian di BitMEX, platform futures kripto paling popular, mencecah nominal sebanyak $10 bilion. Pada masa yang sama, Bitcoin Trust Grayscale bertambah sehingga $50 juta, mengisyaratkan minat dalam matawang kripto dari pelabur yang diiktiraf, kebanyakannya dilaporkan adalah institusi.

Dan yang paling penting, kenaikan jumlah ini ditambah oleh mereka yang sudah ada dalam ruangan ini. Penyelidik Alex Kruger menyatakan dalam Twitter bahawa “pencarian Google untuk istilah ‘Bitcoin’ tidak melihat banyak peningkatan”, dan menandakan bahawa apabila pengguna baru mellihat larian matawang kripto terbaru ini, ia akan naik lebih tinggi dan lebih besar dari sebelum ini.

Sumber:

https://www.newsbtc.com/2019/05/12/if-history-rhymes-bitcoin-btc-may-retrace-further/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.