Default – Above Header Ads

John McAfee Melancarkan Aplikasi ‘Bitcoin Play’, Membolehkan Pengguna Mendapatkan Kripto sambil Menguji Ilmu Pengetahuan Mereka

John McAfee, pencipta antivirus McAfee yang popular, telah mengumumkan pelancaran aplikasi barunya, dipanggil “Bitcoin Play.”

Pada 4 Mei, McAfee mendedahkan kepada pengikut Twitternya yang melebihi 900,000 pengikut bahawa Bitcoin Play kini boleh didapati di Google Play untuk pengguna Android. Menurut jutawan kripto yang eksentrik itu, aplikasi Bitcoin Play mempunyai “pilihan mesra keluarga” dan versi berbeza untuk pengguna dewasa yang menampilkan “suaranya menyumpah pengguna yang tidak mahir”

Aplikasi Bitcoin Play itu dilaporkan membolehkan pengguna mendapatkan Bitcoin sambil menjawab soalan-soalan trivia.

Seperti yang dijelaskan oleh pembangun Bitcoin Play, aplikasi itu akan membolehkan pengguna menguji pengetahuan mereka tentang sejarah, sukan, pengetahuan am, hiburan (dan lain-lain kategori) dengan menjawab soalan “pelbagai pilihan” yang mencabar. Permainan trivia aplikasi itu adalah dalam format tipikal “kuiz” di mana pengguna diberi ganjaran dalam satoshi (unit terkecil Bitcoin), yang akan dihantar secara langsung kepada wallet matawang kripto mereka.

Seperti yang dinyatakan kumpulan pembangun Bitcoin Play, aplikasi itu “mengandungi beribu-ribu soalan dari pelbagai kategori dengan soalan baru ditambah pada setiap kemaskini.” Tambahan lagi, aplikasi itu membolehkan pengguna “bersaing dengan pengguna lain dalam Liga Persaingan Mingguan John McAfee dan boleh mendapat peluang memenangi ganjaran dan hadiah tambahan.”

Untuk pengguna yang berumur 18 tahun ke atas, terdapat pilihan untuk “membolehkan ulasan John, supaya mereka boleh mendengar apa yang John fikirkan tentang prestasi mereka.”

Sambil bermain Bitcoin Play, jumlah ganjaran bertambah semakin banyak jawapan yang betul. Namun begitu, tahap kesukaran soalan juga bertambah. Permainan trivia juga memerlukan pengguna untuk berfikir dengan pantas kerana hanya terdapat 10 saat untuk menjawab setiap soalan.

Sama seperti permainan “Who Wants to be a Millionaire?”, jika pengguna tidak boleh menjawab soalan, mereka boleh menggunakan satu daripada tiga “penyelamat” yang ada. Ia termasuk “Lompat Soalan,” “50/50 (membuang dua pilihan jawapan yang salah,” dan penambahan masa – yang memberi pengguna masa tambahan untuk menjawab soalan.

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/05/john-mcafee-s-bitcoin-play-app-launched-features-adult-and-family-versions/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.